• 1 year ago
Empat angkasawan dari Amerika Syarikat, Jepun dan Rusia selamat pulang ke Bumi selepas lima bulan di ISS, menamatkan misi rotasi kru ke-10 di bawah program NASA dan SpaceX.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Empat angkasawan antarabangsa selamat pulang ke bumi pada Sabtu selepas hampir lima bulan berada di stesen angkasa antarabangsa ISS.
00:09Ia sekaligus menamatkan misi menerusi kapsul SpaceX dengan peneratan di laut berhampiran pantai California.
00:19Kru terdiri daripada dua angkasawan Amerika Syarikat, A.N.M. McLean dan Nicholas Ayers,
00:24angkasawan Jepun Takuya Onishi serta angkasawan Rusia Kirill Peskov.
00:29Mereka mendarat pada 8.44 pagi waktu tempatan sekaligus menamatkan misi rotasi kru ke-10 ke ISS di bawah program kru komersial NASA,
00:39petabiran aeronautik dan angkasa kebangsaan.
00:42Ia memperkenalkan inisiatif yang diwujudkan untuk menggantikan era Space Shuttle dengan kerjasama pihak industri swasta.
00:48Kapsul Dragon milik syarikat SpaceX yang diasaskan jutawan Elon Musk berlepas dari ISS pada Jumaat.
00:55Mereka kemudian diterbangkan ke Houston untuk bertemu semula dengan keluarga masing-masing.
01:01Sepanjang berada di ISS, kru menjalankan pelbagai eksperimen saintifik termasuk kajian pertubuhan-tumbuhan,
01:08tindak balas sel terhadap graviti serta kesan mikrograviti terhadap mata manusia.
01:13Terima kasih telah menonton!

Recommended