• 1 year ago
Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor memuktamadkan pelantikan jawatan utama termasuk Dr Zaliha Mustafa sebagai Pengerusi dan Dr Maszlee Malik sebagai Naib Pengerusi bagi penggal 2025–2028.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Majlis Pimpinan Negeri MPN PKR Johor memuktamadkan pelantikan jawatan utama parti di peringkat negeri pada mesyuarat pertama bagi penggal 2025-2028 yang diadakan di Ibu Pejabat PKR Johor pada Sabtu.
00:15Pengerusinya Dr. Zaliha Mustafa berkata, mesyuarat itu dihadiri 26 ketua cabang, 6 ahli parlimen, seorang ahli Dewan Undangan Negeri Adun serta ketua dan timbalan ketua AMK Negeri dan Wanita Negeri.
00:30Katanya MPN memuktamadkan jawatan utama termasuk pelantikan semula Mat Sahruddin Khusni sebagai timbalan pengerusi MPN.
00:38Selain itu, pelantikan naik pengerusi MPN turut dimuktamadkan iaitu Ketua Cabang Simpang Renggam yang juga bekas Menteri Pendidikan Dr. Mazli Malik,
00:46Ahli Parlimen Tebrau yang juga bekas Exko Kerajaan Negeri Johor, Jimmy Puah serta Ketua Cabang Segamat Syamala Vasudevan.
00:53Dalam pada itu, Dr. Zaliha berkata, mesyuarat juga bersetuju untuk melantik timbalan pengurusi Talent Corporation Malaysia Berhad, Talent Corp. Mohamad Kuzan Abu Bakar sebagai setiusaha MPN,
01:05manakala Ketua Cabang Mersing Kairil Adanan yang akan menerajui jawatan kuasa pilihan raya negeri JPRN.
01:11Menurut Zaliha, PKR Johor akan memastikan jentera sentiasa bersiap-siaga dalam menepani cabaran politik semasa dengan strategi yang tersusun berpaksikan kepada agenda reformasi.
01:25Beliau turut menegaskan komitmen untuk mempererat dan memperkukuh kerjasama strategik bersama rakan-rakan komponen Pakatan Harapan
01:32demi memastikan kestabilan politik serta membawa semangat dan agenda Kerajaan Marani di Johor.
01:39Terima kasih kerana menonton!

Recommended