• 1 year ago
Sebanyak 307 pegawai perubatan lantikan tetap akan ditempatkan di fasiliti kesihatan seluruh Sabah di bawah e-Placement Fasa Satu bagi mengukuhkan perkhidmatan dan mengurangkan beban kerja sedia ada.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 307 pegawai perubatan lantikan tetap akan ditempatkan di fasiliti kesehatan seluruh Sabah di bawah e-placement fasa 1
00:08bagi mengukuhkan perkhidmatan dan mengurangkan beban kerja sedia ada.
00:13Menteri Kesehatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata daripada jumlah itu,
00:1710 pegawai akan berkhidmat di Hospital Duchess of Can
00:21yang menjadi hospital rujukan utama bagi pantai timur Sabah meliputi daerah Sandakan,
00:26Kinabatangan, Beluran, Terupit dan Tongot.
00:32HDOK menyediakan 19 kepakaran dalaman dan menjadi nadi perkhidmatan kesihatan di 5 daerah berkenaan.
00:39Katanya dengan jumlah katil sebanyak 414, HDOK berdepan dengan beban kerja yang tinggi
00:45merangkumi rawatan pesakit luar, pembedahan, kis kecemasan dan perkhidmatan bersalin.
00:50Kehadiran tenaga baru ini akan membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
00:54Beliau berkata demikian di Facebook berkenaan lawatan kerjanya ke Sabah hari ini.
00:59Lawatan ke HDOK turut menumpukan kepada isu pembangunan dan keperluan naik taraf fasiliti
01:04seperti pemindahan blok baharu, pemindahan sementara wad lama yang berisiko
01:09serta penambahan tangki air berkapasiti besar
01:11bagi memastikan kelancaran operasi hospital walaupun berdepan dengan gangguan bekalan air.
01:17Dalam antara berasingan, Zulkifli turut meninjau pelaksanaan program imunisasi
01:22bilis rubella MRD Klinik Desa KD Karamunting bersama Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Syiryi
01:29yang sebagai usaha meningkatkan liputan imunisasi melebihi 95%
01:33demi membentuk imuniti kelompok yang mampu memutuskan rantaian jakitan.
01:39Klinik desa seperti KD Karamunting memainkan peranan penting
01:42sebagai berisah hadapan perkhidmatan kesihatan luar bandar
01:45bukan sahaja memberi rawatan asas
01:47malah menjadi pusat utama bagi imunisasi, penjagaan ibu dan anak
01:51serta pendidikan kesihatan komuniti.
01:54Menteri Kesihatan itu kemudiannya meninjau operasi hospital Kinabatangan
01:57yang menjadi nadi perkhidmatan kesihatan kawasan tersebut
02:00termasuk klinik kesihatan ibu dan anak serta klinik pergigian.

Recommended