• 1 year ago
Pasukan Pemerhati Interim (IOT) yang diketuai Malaysia memainkan peranan penting dalam menjalankan siasatan terhadap ketelusan gencatan senjata di sempadan Thailand dan Kemboja.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasukan Pemerhati Interim IOT yang diketuai Malaysia memainkan peranan penting dalam menjalankan siasatan terhadap ketelusan gencatan senjata di sempadan Thailand dan Kemboja.
00:12Panglima Angkatan Tentera General Tan Sri Muhammad Nizam Jaafar berkata, pasukan tersebut seterusnya akan memaklumkan hasil siasatan itu kepada kedua-dua negara berkenaan.
00:22Menurut beliau, pihaknya menerima laporan daripada kedua-dua negara bahawa berlaku beberapa pelanggaran gencatan senjata dan pasukan lapangan akan menjalankan siasatan.
00:34Katanya matlamat dan tugas utama ATM adalah memastikan gencatan senjata berjalan dengan telus dan lancar.
00:40Selain itu, pihaknya juga meminta Thailand dan Kemboja untuk berhubung dengan kumpulan tindakan bersama daripada kedua-dua negara termasuk perundangan dan sebagainya.
00:49Beliau berkata demikian kepada pemerintah selepas menyaksikan latihan kuasa tembakan LKT 2025 di lapangan sasar Kemsyed Sirajuddin di Gemas pada Selasa.
01:00Dalam pada itu, Muhammad Nizam berkata, IOT ketika ini mengadakan perjumpaan dengan Thailand dan Kemboja sekurang-kurangnya dua kali seminggu
01:08bagi memerhati dan melaporkan perkembangan terkini di kawasan terbabit.
01:12Thailand dan Kemboja sebelum ini bersetuju mematuhi gencatan senjata di sepanjang sempadan bersama mereka.
01:18Menurut Minit Persetujuan Mesyuarat Luar Biasa Jawatan Kuasa Sempadan Arm, GBC pada 7 Ogos lalu,
01:25kedua-dua pihak juga perlu mengelak daripada melepaskan tembakan secara provokatif ke arah kedudukan atau pasukan lawan yang boleh mencetuskan ketegangan.
01:33Terima kasih telah menonton!

Recommended