• 1 year ago
Tunku Ismail hari ini berkenaan menerima mengadap penerima Biasiswa Orang Muda Johor.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Ibrahim berkenan menerima mengadap tiga penerima beasiswa orang muda Johor BOMJ di Istana Bukit Sirin di Johor Baru pada Selasa.
00:11Penerima beasiswa itu ialah Muhammad Fauzi Shahmi, Muhammad Zain, Lexman Murali Taren dan Li Chong Ming.
00:18Beasiswa orang muda Johor merupakan inisiatif kerajaan negeri yang dilancarkan pada 2021 dengan sokongan penuh Tunku Mahkota Johor.
00:26Program ini bertujuan membiayai pengajian anak muda Johor yang berpotensi tinggi dalam pelbagai bidang sama ada dalam atau luar negara bagi melahirkan generasi pemimpin masa depan.
00:38Sejak diperkenalkan, beasiswa ini telah memberi peluang kepada ramai pelajar cemerlang daripada pelbagai latar belakang untuk melanjutkan pengajian di Universiti Terkemuka sekaligus memperkukuh modal insan negeri Johor.
00:50Majlis menghadap itu melambangkan komitmen berterusan institusi diraja Johor dalam memberi sokongan moral dan motivasi kepada penerima beasiswa untuk terus menabur bakti kepada negeri selepas tamat pengajian.
01:03Terima kasih telah menonton!

Recommended