• 1 year ago
Madonna menyeru Paus Leo XIV agar melawat Gaza dan membuka pintu kemanusiaan susulan krisis kebuluran yang semakin meruncing, sambil mengumumkan sumbangan sempena ulang tahun anaknya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Icon Pop Madonna membuat rayuan kepada Pop Leo ke-14 melawat semenanjung Gaza yang terkepung di tengah-tengah krisis kebuluran yang mencetuskan kemarahan antarabangsa.
00:12Menerusi satu hantaran DX pada Isnin, beliau berkata Pop Leo satu-satunya yang tidak boleh dihalang daripada masuk.
00:22Tambahnya pintu kemanusiaan perlu dibuka sepenuhnya dengan segera untuk menyelamatkan kanak-kanak tidak berdosa.
00:30Sempena ulang tahun kelahiran ke-25 anak lelakinya Roko Ritchie pada Isnin, Madonna turut bercadang menderma kepada pertubuhan kemanusiaan yang beroperasi di Gaza.
00:41Katanya, hadiah terbaik yang boleh diberikan kepadanya sebagai seorang ibu adalah dengan meminta semua orang melakukan apa yang mereka mampu untuk membantu menyelamatkan kanak-kanak tidak berdosa yang terperangkap dalam pertempuran di Gaza.
00:58Sebuah agensi pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB pada lewat minggu lalu berkata kekurangan zat makanan akut dalam kalangan kanak-kanak di Gaza mencapai tahap tertinggi setakat ini.

Recommended