00:00Peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini berjaya menyerlahkan kedudukan negara di pentas antarabangsa.
00:07Ini termasuk menerusi strategi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,
00:12mendekankan prinsip neutraliti tanpa mengenepikan kuasa-kuasa besar dunia yang sering bertelagah.
00:18Pandangan itu disuarakan penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, NASR, Prof. Azmi Hassan.
00:26Jelas Azmi, Malaysia dilihat berjaya mengimbangi kepentingan kuasa besar dunia dalam menangani isu serantau
00:36termasuk konflik di Laut Cina Selatan dan persisihan antara negara anggota ASEAN.
00:42Mengambil contoh isu Laut Cina Selatan, beliau berkata persaingan pengaruh antara Cina dan Mku Syarikat
00:48diakui memberi kesan langsung terhadap kestabilan rantau ini.
00:52Bagaimanapun, Malaysia tidak mengelepikan peranan dua kuasa besar itu dalam usaha menelesaikan pertelikahan serantau.
01:01Jadi itu yang dikatakan bahawa salah satu sebab dengan tiba-tiba mengapa Presiden Amerika Syarikat Trump
01:08bersetuju untuk hadir sidang kemuncak ASEAN bulan Oktober ini dan Presiden Xi Jinping daripada Cina juga dah lama dah
01:18akan turut hadir di sini dikatakan sesuatu yang agak menarik kerana dua kuasa besar yang berteringkah ini
01:25bukan sahaja hal Laut Cina Selatan tapi terutama sekali dengan hal perang dagang itu
01:31perjumpaan sisi kedua pemimpin besar ini dikatakan boleh melonjak Malaysia sebagai dipentas antarabangsa
01:38sebagai negara yang berkecuali negara yang boleh menjadi perantara dalam hal ini.
01:44Selain itu, beliau berpandangan ketokohan dan gabungan kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Luar
01:51Datuk Seri Muhammad Hassan telah memberi manfaat secara langsung kepada rakyat negara ini
01:56termasuk dari segi ekonomi.
01:59Katanya sikap neutral Malaysia menjadikan negara ini lebih dipercayai oleh kuasa besar
02:04untuk menjalin kerjasama.
02:07Ini sekaligus membuka pulang meneroka pasaran baru di Amerika Latin, Afrika dan Eropah.
02:13Tahun ini kali kelima Malaysia menjadi pengurusi ASEAN sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu
02:20iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.