• 1 year ago
Seorang warga Singapura dijatuhi hukuman penjara 72 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh pada Isnin selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh isteri dan anak tirinya enam tahun lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Berikutnya, seorang warga Singapura dijatuhi hukuman penjara 72 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Air Keruh pada Isnin selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh isteri dan anak tirinya 6 tahun lalu.
00:13Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Anselm Charles Fernandes menjatuhkan hukuman itu ke atas Syahrul Nizam Zuraimi 36 tahun selepas mempertimbangkan hujahan daripada peguam tertuduh serta faktor pemberatan yang dikemukakan pihak pendawaan di akhir kes pembelaan.
00:32Selain itu, keputusan berkenaan turut mengambil kira keterangan impak daripada adik, ibu serta kakak mangsa.
00:38Hakim mengarahkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 11 Oktober 2019.
00:46Hakim juga menyatakan apa yang dilakukan tertuduh adalah kejam dengan meletakkan kepala isterinya di atas siling rumah selain mengerat dan membuang bahagian tubuh kedua-dua mangsa di kawasan berbeza.
00:59Malah Mahkamah turut mengambil kira tindakan tertuduh membuang sebahagian tubuh mangsa di kawasan semak.
01:05Jelas beliau tiada alasan munasabah dikemukakan tertuduh dan perbuatan itu jelas bertujuan menyembunyikan identiti kedua-dua mangsa.
01:15Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman 36 tahun penjara dan 12 sebatan bagi setiap pertuduhan.
01:21Berdasarkan dua pertuduhan, tertuduh didapati melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Nurfazira Bidin 27 tahun dan anak tirinya Muhammad Iman Ashraf Abdullah 11 tahun.
01:33Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan MJ10, Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka Tengah antara jam 6 petang 6 Oktober 2019 hingga 7.30 pagi 7 Oktober 2019.
01:46Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali jika tidak dihukum mati.
02:01Timbalan pendakwa raya Muhammad Asri Abdul Rahman Siddiq dan Norshazwani Marizan turut memohon hukuman gantung sampai mati dengan mengambil kira kepentingan awam, jumlah mangsa, tahap kekejaman serta fakta kes.
02:16Bagaimanapun, sekiranya hukuman mati tidak sesuai, pihak pendakwa mencadangkan hukuman penjara bagi setiap kesalahan dikenakan secara berasingan.
02:24Terima kasih telah menonton!

Recommended