00:00Mesir sekali lagi tegas menolak bulat-bulat terhadap sebarang usaha memindahkan rakyat Palestine dari tanah asam mereka, khususnya dari semenanjung Gaza.
00:10Tegas Mesir, tindakan sedemikian adalah sama seperti melakukan jenayah kemanusiaan.
00:17Agensi Berita Palestine, WAFA, melaporkan bahawa Kementerian Luar Mesir menyuarakan kebimbangan serious terhadap perkembangan laporan rundingan Israel dengan beberapa negara bagi menerima rakyat Palestine ke wilayah mereka.
00:29Mesir menifatkan rancangan itu sebagai sebahagian daripada dasar Israel yang tidak boleh diterima dan bertujuan mengosongkan tanah Palestine menjajahnya sekaligus menghapuskan perjuangan rakyat Palestine.
00:40Dalam kenyataan rasmi, Mesir turut memaklumkan bahawa mereka telah berhubung dengan negara-negara yang dilaporkan bersetuju menerima rakyat Palestine supaya menolak rancangan Israel itu.
00:49Mesir menegaskan bahawa pemindahan rakyat Palestine sama ada secara paksa atau sukarela melalui tekanan seperti kebuluran, rampasan tanah dan penempatan haram adalah satu ketidakadilan yang tiada justifikasi moral atau undang-undang.
01:04Ia turut menyeru semua negara pecinta keamanan agar tidak terlibat dalam jenayah ini yang jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa termasuk konvensyen Geneva dan boleh dianggap sebagai jenayah perang serta pembersihan etnik.
01:19Sebelum ini menjeluar negara Arab dan Islam mengecam kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung agenda Greater Israel sesulan cadangan sekutu kanannya untuk memperluaskan kuasa di wilayah Palestine.