• 1 year ago
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun disyaki menjadi mangsa dera selepas dihantar ke rumah pengasuh di Seksyen 16, Shah Alam pada 14 Ogos lalu.
Transcript
00:00Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun disyaki menjadi mangsa dera selepas dihantar ke rumah pengasuh di Seksyen 16 Sya'alam pada 14 Ogos lalu.
00:11Ketua Polis Daerah Sya'alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada 15 Ogos sekitar jam 12.30 malam selepas mendapati kanak-kanak itu mengalami kesan lebam di muka.
00:25Siasatan awal mendapati mangsa dihantar ke rumah pengasuh sekitar jam 10 pagi sebelum diambil semula pada jam 9.30 malam dalam keadaan cedera.
00:39Difahamkan ibu mangsa telah bertanya kepada pengasuh berhubung kecederaan anaknya namun penjelasan yang diberikan tidak meyakinkan.
00:49Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.
00:53Hasil pemeriksaan pegawai perubatan sahkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan alleged assaulted sustained soft tissue injury pada muka.
01:05Sesulan itu, polis menahan pasangan suami isteri berusia 40 dan 37 tahun yang merupakan pengasuh kanak-kanak tersebut pada 17 Ogos, kira-kira jam 11.22 malam di sebuah pangsa puri di Seksyen 16.
01:19Kedua-dua suspek di Rehman tiga hari bermula 18 Ogos 2025 selepas perintah Rehman diperoleh di Mahkamah Syah Alam.
01:30Kis disiasat di bawah Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001.
01:36Semalam tular di media sosial melalui akaun Facebook seorang individu dikenali sebagai Zehra Zubari yang menyatakan anak saudaranya telah didera pengasuh.

Recommended