• 1 year ago
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Antibuli Negeri menerusi Mesyuarat Penyelarasan Kempen Antibuli dan Tindakan dilakukan hari ini sebagai langkah agresif dan bersepadu dalam menangani isu berkenaan di sekolah.
Transcript
00:00Mesyuarat pertama jawatan kuasa khas anti-buli Johor menerusi mesyuarat penyelarasan kimpin anti-buli dan tindakan dilakukan pada Isnin.
00:09Sebagai langkah agresif dan bersepadu dalam menangani isu berkenaan di sekolah, penerusi jawatan kuasa pendidikan dan penerangan Johor Aznan Tamin berkata mesyuarat itu disertai pelbagai agensi serta jabatan berkaitan bagi menyusun strategi serta menetapkan pelan tindakan menyeluruh.
00:30Beliau berkata mesyuarat itu turut mengumumkakan cadangan bernas dan pelan gerak kerja komprehensif yang akan dilaksanakan melalui kempen berfasa serta program intervensi di semua institusi pendidikan khususnya sekolah.
00:43Katanya langkah ini diharap dapat memberi kesedaran, mendidik pelajar serta melibatkan seluruh ekosistem pendidikan termasuk guru, ibu bapa dan masyarakat.
00:53Aznan berkata Johor menjadi negeri pertama menubuhkan jawatan kuasa khas itu sekaligus membuktikan komitmen kerajaan negeri menjaga keselamatan serta kesejahteraan anak-anak Johor selain memastikan sekolah menjadi tempat yang selamat untuk pembelajaran.
01:08Isu bully katanya bukan sekadar masalah kecil, sebaliknya perbuatan menggunakan kekuasaan atau kekerasan untuk menakutkan, menghina, mengganggu atau menyakiti orang lain sama ada secara fizikal, mental atau emosi.
01:22Perkara itu boleh menyebabkan kecederaan serta trauma mendalam terhadap mangsa.

Recommended