00:00Kementerian Pendidikan KPM menjunjung titah yang di-Pertuan Agung Sultan Ibrahim agar kempen anti-buli dilaksanakan secara menyeluruh di semua institusi pendidikan bermula dari sekolah rendah.
00:15Menurut kenyataan, kempen itu akan menekankan kesedaran, sikap saling menghormati serta penerapan nilai hormat, disiplin dan kasih sayang dalam kalangan murid.
00:25Pelaksanaan kempen ini akan dilakukan dengan kerjasama rentas kementerian bagi memastikan impak dan keberkesanannya serta semua pihak dituntut dalam memerangi salah laku buli.
00:37Dalam hal itu, KPM juga sedang berangka kurikulum persekolahan 2027 yang memberi tumpuan kepada pembentukan karakter dan nilai kemanusiaan bagi melahirkan insan beradab, berakhlak serta berintegriti.
00:50KPM menekaskan pihaknya akan terus berusaha memastikan institusi pendidikan bebas daripada budaya buli demi melahirkan generasi berakhlak mulia dan sejahtera.
01:01Terdahulu Seri Paduka Baginda menitahkan agar gejala buli ditangani sejak peringkat sekolah rendah kerana boleh membawa kesan buruk kepada generasi masa hadapan.