00:00Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bersama Raja Muda Johor Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail berangkat melawat seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa buli di hospital pakar puteri KPJ Johor Bahru pada selasa.
00:14Izul Islam Azwan Issaidi berumur 10 tahun dilaporkan mengalami gegaran otak, kesan dari insiden buli sehingga menjejaskan kehidupannya.
00:23Turut mengiringi keberangkatan baginda ialah Menteri Besar Johor Dato' On Hafiz Ghazi, Situsaha Kerajaan Negeri Johor Dato' Asman Shah Abdul Rahman dan pemain kelab bola sepak Johor Darul Taqzim JDT Arif Aiman.
00:38Tunku Mahkota turut bertitah agar gejala buli harus dibendung dan menggesa pihak berkuasa melaksanakan langkah pengatkuasaan dengan segera.
00:47Sementara itu, laporan media tempatan menyebut Izul Islam kini trauma sehingga kerap mengalami mimpi buruk.
00:54Ibunya Siti Suhana Misdi berumur 39 tahun berkata anak keempat daripada enam beradik itu juga sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan menangis.
01:04Katanya lagi, Izul Islam kini berasa takut untuk kembali ke sekolah kerana bimbang kejadian sama berulang dan hanya berasa tenang sekiranya ditemani dua rakannya di sekolah kebangsaan dan sekolah agama.
01:17Terima kasih telah menonton!