00:00Kebebasan badan kehakiman dapat dipertahankan sekiranya para hakim mengelak cubaan campur tangan ahli politik.
00:07Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bagaimanapun berkata, semua itu bergantung kepada para hakim bagi memastikan mereka lebih serius memelihara undang-undang tertinggi negara.
00:30Beliau berkata demikian dalam sesi dialog bertajuk Kesucian Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Ancaman, Penyelesaian dan Kesan Terhadap Takbir Urus Negara di Kuala Lumpur pada Selasa.
00:41Ketika ditanya mengenai ancaman terhadap badan kehakiman termasuk campur tangan ahli politik, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
00:49Tengku Maimun berkata, semasa beliau berkhidmat sebagai hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, beliau tidak pernah mengalami campur tangan politik.
01:00Namun, beliau mengakui bahawa ada kelihatan dan cubaan campur tangan menjelang akhir tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Hakim Negara.