• 1 year ago
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bersama tiga individu lain akan didakwa atas kenyataan di media sosial yang didapati menggugat ketenteraman awam.

Jabatan Peguam Negara (AGC) menerusi kenyataan pada Selasa mengesahkan, Akmal bersama ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham serta Siti Hajar Aflah Sharuddin akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Mohd Akmal Saleh bersama tiga individu lain akan didakwa atas kenyataan di media sosial yang didapati menggugat ketenteraan awam.
00:11Jabatan Peguam Negara AGC menerusi kenyataan pada selasa mengesahkan Akmal bersama Adun Gombak Setia, Mohd Hilman Idham serta Siti Hajar Aflah Syarudin akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 505-B Kanun Keseksaan.
00:30AGC memaklumkan seorang lagi individu Chandra Segaran Subaraman yang pula akan dituduh mengikut Seksyen 233-1-A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
00:41Kesemua pertuduhan akan dikemukakan di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa setempat dalam masa terdekat.
00:47Selain itu, Polis Diraja Malaysia memaklumkan Mohd Hilman akan dituduh di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur, manakala Chandra Segaran akan dituduh di Mahkamah Stesen Jenayah Shahalam.
00:56Sementara itu, Mohd Akmal menerusi catatan di Facebook berkata, beliau dimaklumkan akan didakwa pada Rabu di Mahkamah Bukit Mertajam.
01:05Bagaimanapun, Akmal memohon supaya pertuduhan terhadapnya dibuat pada Jumaat kerana sedang menunaikan umrah ketika ini.
01:12Terima kasih telah menonton!

Recommended