• 1 year ago
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam tindakan pendakwaan ke atas Ketua Pemuda Bersatu, Hilman Idham berhubung ucapannya membantah Akta Hasutan dalam sebuah perhimpunan, bulan lalu.

Muhyiddin mendakwa, sebagai pemimpin sayap yang mewakili suara anak muda, Hilman berhak mengkritik dan menyuarakan pandangan terhadap akta berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam tindakan pendawaan ke atas Ketua Armada Bersatu Hilman Idham berhubung ucapannya membantah Akta Hasutan dalam satu perhimpunan bulan lalu.
00:14Muhyiddin mendakwa sebagai pemimpin sayap yang mewakili suara anak muda, Hilman berhak mengkritik dan menyuarakan pandangan terhadap Akta Berkenaan.
00:23Tambahnya, Kerajaan Pakatan Harapan juga didakwa tidak menunaikan janji menghapuskan Akta itu, malah mendakwa individu yang membantah Akta tersebut.
00:34Muhyiddin menerusi kenyataan pada Selasa mendoakan agar Hilman bersama kepimpinan Armada terus cekal menghadapi ujian ini sambil menyifatkan ia adalah tindakan hipokrit kerajaan.
00:46Hilman yang juga adun gombak setia akan didakwa jam 9 pagi pada Rabu di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur di bawah Kanun Kesiksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan kegusaran awam.
00:59Dalam ucapannya ketika perhimpunan di luar IP didangwangi pada 29 Julai lalu, Hilman membidas penahanan beberapa ahli parti politik dipercayai berkaitan himpunan ditunjangi PAS beberapa hari sebelum itu.

Recommended