00:00Bertemu kembali, pengurusan kewangan negara mesti dilaksanakan secara berhemah dan berdisiplin selaras dengan semangat Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 FRA.
00:13Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan perkara itu ketika mempenguruskan Mesyuarat Jawatan Kuasa Dasar Fiskal FPC,
00:21iaitu platform penting dalam rangka dasar fiskal yang jelas dan menentukan hal tujuh ekonomi negara.
00:27Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan perlu terus mencari keseimbangan antara usaha mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi
00:35dan memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan, terutama dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.
00:42Walaupun dunia masih bergelut dengan ketidaktentuan ekonomi negara, kekal kukuh dengan kadar pertumbuhan 4.4% bagi separuh pertama 2025.
00:52Malah kadar pengangguran juga telah menurun kepada paras 3%, iaitu yang terendah dalam tempoh 10 tahun.
01:01Menurut beliau, kerajaan berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5% pada 2022 kepada 4.1% daripada keluaran dalam negara kasar pada 2024,
01:14satu pencapaian yang membuktikan komitmen terhadap pengurusan fiskal bertanggungjawab.
01:19Terima kasih telah menonton!