• 1 year ago
Lima sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur secara berkumpulan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, lima sahabat dihadapkan ke Mahkamah Session Kuala Terengganu atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur secara berkumpulan.
00:09Bagaimanapun tertuduh Nur Azrul Hafiz Nur Hisham, Kairul Haikal Ismail, Danish Badram Munir Muhammad Zahari, Muhammad Saiful Hakim Hamdan yang masing-masing berusia 19 hingga 22 tahun dan seorang lagi remaja bawah umur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
00:26Kesemua mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Muhammad Zulzakuddin Zulkifli.
00:35Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama secara berkumpulan telah merogol seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun ketika kejadian.
00:44Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pak Kedungun antara jam 1.50 pagi hingga 5 pagi pada 37 Jun lalu.
00:53Bagi kesalahan itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.
01:06Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 seorang manakala tertuduh bahawa umur sebanyak RM8,000.
01:14Sementara itu, Danish Badran Munir turut didakwa melakukan amal seksual fizikal terhadap mangsa pada jam 8.45 pagi di lokasi dan tarikh yang sama.
01:25Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 Kurungan A Akta Kesalahan-Kesalahan Seksyal Terhadap Kanak-Kanak 2017.
01:33Manakala Nur Azrul Hafiz sekali lagi didakwa mengikut Seksyen 376 Kurungan 2 Kurungan C Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa kira-kira jam 9 pagi di lokasi dan tarikh yang sama.
01:47Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
01:51Bagi kesalahan itu, mahkamah memendarkan kedua-dua mereka diikat jamin sebanyak RM12,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 28 September bagi sebutan semula kes.

Recommended