• 1 year ago
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah dalam operasi khas sekitar Lembah Klang, dengan rampasan 425.25 kilogram syabu bernilai RM13.6 juta. Lima lelaki tempatan berusia 33 hingga 64 tahun ditahan dalam empat serbuan berasingan sekitar Puchong dan Sri Petaling.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik atau JSJN Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah syabu dengan rampasan 425.25kg bernilai RM13.6 juta dalam operasi khas di sekitar lembah kelam.
00:15Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata operasi pada 18 Ogos lepas membawa kepada penahanan 5 lelaki tempatan bebangsa Cina berusia 33 hingga 64 tahun dalam 4 serbuan berasingan di sekitar Puchong dan Seri Ptaling.
00:34Menurut Hussein, serbuan pertama di pusat bandar Puchong menemukan lebih 103kg syabu dalam sebuah kereta.
00:41Dalam serbuan kedua di leboh raya Damansara Puchong, seorang lelaki ditahan dan polis menemukan 37kg syabu di sebuah rumah.
00:49Manakala di bandar Puchong Jaya, dua suspek diberkas dan lebih 321kg syabu ditemukan di sebuah rumah teres.
00:58Anggaran berat keseruan dadah yang dirampas iaitu jenis syabu adalah sebanyak 425kg
01:06di mana nilai pasaran dadah tersebut adalah dianggarkan 13.6 juta ringgit.
01:15Jumlah dadah yang dirampas ini mampu merosakkan seramai 2.1 juta orang yang menggunakannya.
01:23Hussein turut mendedahkan kumpulan ini beroperasi di utara dan lembah kelang dengan bekalan dadah dipercayai di seludup dari negara jiran.
01:30Dadah yang dibawa masuk ini yang dipercayai daripada negara di utara Malaysia
01:41dan juga dipercayai akan dipasarkan di Sabah dan Sarawak
01:46dan kemungkinan akan dibawa masuk ke Kalimantan, Indonesia.
01:51Jadi dengan tumpasnya sindiket ini kita percaya kita telah menempaskan satu sindiket yang besar
01:58yang beroperasi dalam kuantiti yang besar.
02:023 daripada 5 suspek pernah ditahan di bawah Seksyen 39B
02:08manakala seorang lagi mempunyai 13 rekod jenayah lampau.
02:11Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
02:17yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan.
02:23Semua suspek di reman 7 hari bermula 19 Ogos sehingga 25 Ogos.
02:28Pihak polis juga berjaya mengesan individu lain yang dipercayai berada dalam hierarki lebih tinggi kumpulan tersebut.

Recommended