• 1 year ago
Sekurang-kurangnya 71 pelarian Afghanistan maut dalam nahas jalan raya di Herat selepas bas yang mereka naiki bertembung dan terbakar ketika pulang dari Iran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, sekurang-kurangnya 71 maut dalam nahas jalan raya di wilayah Herat, Afganistan pada malam selasa.
00:07Ketua Jabatan Penyelamat Wilayah Abdul Zahir Nurzai pada Rabu berkata,
00:12nahas berlaku apabila sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah motosikal dan truk mini
00:17di jalan yang menghubungkan Iran dengan bandar Herat di Afganistan.
00:22Kebanyakan bangsa, termasuk wanita dan kanak-kanak adalah pelarian Afganistan
00:25yang baru pulang dari Iran untuk menetap semula di tanah air mereka.
00:30Sementara itu, seorang pegawai yang enggan dikenali berkata,
00:33bas penumpang itu terbakar selepas pelanggaran menyebabkan kebanyakan mayat tidak dapat dikenal pasti.
00:40Katanya jumlah bangsa mungkin meningkat kerana proses pengumpulan maklumat masih lagi berjalan.

Recommended