00:01Insiden serangan ke atas anak bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli belah di Putrajaya minggu lalu antara 10 kes berprofil tinggi berkaitan keganasan atau intimidasi yang masih belum diselesaikan sejak November 2022.
00:17Menelusi satu kenyataan pada Rabu, Projek Kestabilan dan Accountability untuk Malaysia, Projek Sama berkata, tiada sebarang tangkapan selepas tujuh hari kejadian menimbulkan kemimbangan terhadap tahap keselamatan awam di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.
00:35Ujah kenyataan itu, kegagalan menyelesaikan 10 kes berprofil tinggi ini dilihat akan merencatkan beberapa usaha reformasi institusi dan dasar yang telah dilaksanakan Kerajaan.
00:45Jelas Projek Sama kesemua kes yang belum diselesaikan itu menandakan kegagalan serius dalam penguatkuasaan undang-undang ketika ini.
00:54Projek Sama turut mahu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak tegas kerana tanpa keselamatan dan kebertanggungjawaban, kredibiliti reformasi institusi yang diangkat di bawah kepimpinan beliau akan hilang.
01:06Projek Sama turut merujuk kepada hasil kaji selidik hubungan etnik pada Oktober 2024 yang mendapati majoriti rakyat di Semenanjung khususnya 78% responden Melayu mahu kerajaan bertindak tegas terhadap keganasan.
01:21Antara kes-kes berprofil tinggi lain yang dirujuk Projek Sama termasuk kes Ahli Parlimen Beruas Ngah Kuham ketika rumahnya diserang dengan molotov koktel awal tahun lalu.
01:32Antara lain kehilangan isteri kepada seorang jutawan Sarawak yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Pamela Ling yang diculik ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat Suruhanjaya itu di Putrajaya April lalu.