00:00Kes membabitkan pelajar tingkatan 1 Zara Khairina Mahathir merupakan yang pertama didawa di bawah Seksyen 507C-1 Akta Kanun Kesiksaan Pindaan 2025 yang memperuntukkan kesalahan bagi perbuatan membuli.
00:16Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan pindaan terhadap Seksyen 507B-507J Kanun Kesiksaan memperkukuh kuasa undang-undang ke atas perbuatan jenayah buli.
00:30Menurutnya, sejak pindaan Seksyen 507 Kanun Kesiksaan dikawal kuasakan dan diwarta pada 11 Julai lepas, polis sudah membuka 11 kertas siasatan berkaitan buli.
00:42Kertas siasatan ini masing-masing ada bawah Seksyen 507B-507C dan ini menunjukkan adanya penambahbaikan undang-undang itu yang membolehkan polis bertindak.
00:54Akta Kanun Kesiksaan Pindaan 2025 dan Akta Kanun Tata Cara Jenayah Pindaan 2025.
01:00Yang bertujuan menangani isu buli dengan lebih efektif serta menyeluruh termasuk buli saiber telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024 dan Dewan Negara pada 16 Disember tahun sama.
01:12Terdahulu, lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Khairina mengikut Seksyen 507C-1 Kanun Kesiksaan.
01:25Dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
01:35Serentak dengan perkembangan undang-undang itu, Saifuddin Nasution berkata, KDN mahu polis bertindak pantas dalam menyiasat setiap laporan membabitkan perbuatan buli yang diterima.
01:45Beliau juga menyeru semua pihak agar tidak memainkan sentimen atau membuat gambaran yang tidak tepat seolah-olah ada cubaan untuk melindungi sesiapa atau cover-up.
01:57Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia ke-13 RMK13 bagi Kementerian Dalam Negeri KDN di Dewan Rakyat pada Rabu.