00:00Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedia memberi input sewajarnya susulan cadangan untuk menubuhkan tribunal berhubung kes buli membabitkan pelajar dan kanak-kanak dibawa ke Jemaah Menteri.
00:13Menterinya, Datuk Seri Nancy Syukri berkata, ini memandangkan kementeriannya bertanggungjawab terhadap Akta Kanak-Kanak 2001 dan beberapa akta lain yang berkaitan.
00:23Kita tunggu dibawa ke kabinet nanti, kita akan beri input berdasarkan kepada apa yang akan dikemukakan nanti.
00:32Kerana kita menjaga Akta Kanak-Kanak 2001 dan akta lain untuk kanak-kanak juga tetapi inilah yang mungkin kita perlu melihat kepada apa yang relevan terhadap dari segi tribunal tersebut.
00:50Kalau ianya di bawah kementerian kami, maka kami terpaksa kerja keras ataupun ia mungkin di bawah bagian undang-undang, belum tahu lagi.
01:03Kita belum tahu kerana kita imumkan hari ini. Tapi insyaAllah, kita akan bekerja bersama seperti biasa.
01:10Kita sentiasa akan memberi sokongan padu dan yang pentingnya adalah untuk kemampuan anak-anak.