00:00Bertemu kembali, YTL Green Data Center di Kulai Johor kini meletakkan Malaysia di peta global sebagai hub kecedasan buatan AI dan pusat kecemerlangan AI di rantau ASEAN.
00:12Menteri Pelaburan, Pendagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pusat data itu merupakan hasil kerjasama strategik antara YTL Power International Berhad dan NVIDIA bagi membangunkan infrastruktur AI berasaskan tenaga hijau.
00:28Menurutnya, projek MEGA bernilai RM10 bilion ini bukan sahaja melahirkan model bahasa besar LLM berdaulat Malaysia sendiri, tetapi juga merangsang pembangunan bakat dan kepakaran tempatan.
00:41Ia sekaligus menjana lebih banyak peluang pekerjaan berteknologi tinggi seperti saintis data dan jurutera AI.
00:48Menurut Tengku Zafrul, YTL merupakan salah satu daripada lima rakan NVIDIA Cloud Partner bersama-sama dengan gergasi teknologi global lain seperti Amazon Web Services AWS, Google Cloud, Microsoft Azure, Oracle Cloud.
01:04Perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Jensen Huang, ketua pegawai eksekutif NVIDIA bukan sekadar sembang kosong, sebaliknya memangkin potensi menjadi realiti.