00:00Thailand memperuntukkan lebih 201 juta baht atau 26 juta ringgit dalam bentuk bantuan kecemasan kepada mangsa konflik sempadan Thailand-Kemboja
00:10yang menjejaskan lebih 260 ribu isi rumah di tujuh wilayah sejak pertempuran tercetus pada 24 Julai.
00:17Timbalan Jurucakap Kerajaan Saksikan Watanacan berkata, dana itu disalurkan bagi penyediaan makanan, penempatan sementara, pembaikan rumah, rawatan perubatan serta perbelanjaan pengembumian.
00:32Selain itu, lebih 2 juta barangan bantuan diagihkan bersama penghantaran kenderaan penyelamat, unit bekalan air muda alih dan dapur lapangan.
00:40Saksikan berkata pertempuran itu menjejaskan tujuh wilayah, 45 daerah dan lebih 4,000 kampung melibatkan sekitar 262,000 isi rumah sejak 24 Julai.
00:52Tambahnya, Kementerian Dalam Negeri menyalurkan lebih 145 juta baht dalam bentuk dana kecemasan untuk membantu mangsa,
00:59manakala Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama Agensi Keselamatan sedang memeriksa laluan serta menyediakan peralatan penting.
01:07Ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja meningkat menjadi pertempuran bersenjata pada akhir Julai.
01:14Ini mendorong Malaysia selaku pengerusi ASEAN ketika ini tampil sebagai pengantara neutral dan konstruktif bagi membantu menamatkan konfrontasi itu.
01:24Kedua-dua negara bersetuju mengadakan gencatan senjata diusahakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Julai.
01:32Ia sekaligus menamatkan konflik lima hari yang menjejaskan keamanan di utara Kemboja.
01:37Terima kasih telah menonton!