• 1 year ago
Walaupun kadar liputan bekalan air pada 2024 berada pada tahap tinggi iaitu 97 peratus, dan rizab margin selesa pada 14.9 peratus, NRW masih mengekang kecekapan sistem air negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Petra, komited memperkukuh pengurusan bekalan air negara dengan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kadar air tidak terhasil, NRW, yang masih menjadi cabaran utama sektor air.
00:15Menterinya yang juga timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof berkata, melalui Plan Hala 7 Transformasi Sektor Air 2040,
00:22Petra akan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk program penggantian pipe critical, penyelesaian NRW holistik dan pemberian imbuhan balik kepada operator air yang berjaya mencapai sasaran NRW ditetapkan.
00:36Melalui program-program yang telah dirancang ini, kadar NRW dijangka akan dapat diturunkan kepada 28.8% menjelang tahun 2030.
00:48Semalam dalam masyarakat medis fizikal negara bersama Yamak Bomak Perdana Menteri, saya juga melaporkan bahawa engagement dengan semua kajian negeri yang dibuat oleh SPAN dan semua agensi kita memang semua bersetuju
01:05supaya fokus untuk menghantikan pipe ini adalah tumpuan utama kita.
01:12Cuma bisnes modelnya, bisnes financingnya akan kita perincikan dan kalau dapat kita tak boleh tunggu mengikut secara tahunan 2 ke 3% kita kalau dapat nak selesaikan ganti pipe kesuruhannya.
01:27Katanya, walaupun kadar liputan bekalan air pada 2024 berada pada tahap tinggi iaitu 97% dan risak margin selesa pada 14.9%, NRW masih mengekang kecegapan sistem air negara.
01:43Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasumian Logi Rawatan Air Langat 2 pada Rabu.
01:48Dalam masa yang sama, Fadilah menegaskan pengurusan air tidak boleh dilihat sekadar isu teknikal atau utiliti semata-mata.
01:57Sebaliknya, perlu dijadikan teras pembangunan negara serta strategi adaptasi terhadap kesan perubahan iklim.
02:04Di bawah RMK13, kerajaan turut merancang memperkenalkan pembiayaan alternatif bagi meningkatkan daya tahan kewangan sektor air
02:11di samping mempergiat inovasi teknologi tempatan yang setanding piawayan antarbangsa.
02:18Terima kasih kerana menonton!

Recommended