• 1 year ago
White House melancarkan akaun rasmi TikTok untuk bantu kempen Donald Trump, meskipun aplikasi itu masih dianggap ancaman keselamatan oleh penggubal undang-undang Amerika Syarikat.

Transcript
00:01Wine House pada selasa melancarkan akaun rasmi TikTok ketika penggubal undang-undang AS masih melihat aplikasi milik China itu sebagai isu keselamatan negara.
00:12Langkah itu dilihat sebagai usaha membantu Presiden Donald Trump mencapai halayak lebih luas dan lebih muda.
00:18Ia berlaku ketika ketegangan dengan China semakin reda dan kurang sebulan sebelum tarikh akhir yang menghendaki syarikat induk TikTok, ByteDance Ltd menjual aplikasi itu atau berdepan larangan persekutuan.
00:32Pada April 2024 Presiden Amerika ketika itu, Joe Biden menandatangani undang-undang yang mewajibkan ByteDance melepaskan operasi Amerika atau berdepan larangan di seluruh negara dengan alasan risiko keselamatan negara.
00:46Rang undang-undang itu diluluskan dengan sokongan Dwi Partisan di Kongres.
00:50Larangan itu pada asalnya di jadual berkuatkuasa Januari lalu tetapi Trump beberapa kali melanjutkan tarikh akhir sejak beliau memegang jawatan pada bulan yang sama.
01:00Pada Jun, Trump menandatangani perintah eksekutif yang memberikan lanjutan terkini yang akan tamat pada 17 September.

Recommended