00:00Fokus beliau paling utama ialah memastikan defisit perdagangan boleh dikurangkan.
00:05Jadi contohnya, bila kita cakap pasal isu halal, pihak Amerika Syarikat merasakan proses sedia ada yang kita laksanakan sekarang ini
00:17menyukarkan untuk barangan-barangan pertanian Amerika Syarikat, terutamanya daging, produk poultry dan sebagainya
00:28susah untuk masuk ke dalam negara kerana dia merasakan proses kita terlampau sukar.
00:34Jadi kita bincangkan apakah proses yang boleh dirasakan memudahkan dan kerana itu kita kata ok,
00:42kita boleh mudahkan proses tanpa berkompromi dengan standar halal kita.
00:48Jadi ok, nak skip satu proses iaitu lawatan daripada pegawai jakim ke Amerika Syarikat
00:58di setiap fasiliti penyembelihan ataupun fasiliti pengeluaran untuk daging dan produk daging dan juga ayam ini.
01:07kita lantik orang di sana yang kita recognize yang dia akan membuat pemeriksaan, verifikasi yang memenuhi standar kita.
01:23Jadi itulah perkara yang kita perlu...
01:25Sehingga sedetail itu perlu dilakukan, meskipun persetujuan itu akhirnya di peringkat presiden.
01:33Yes, tapi kita tahu itu adalah perkara yang presiden sendiri ambil berat kerana kita kena faham politik di...
01:45Ok, satu perkara, you have to understand the politics in US.
01:48Kita kena faham kawasan-kawasan negara-negara yang kuat dari segi pertanian.
01:54Jadi jika mereka mendapat akses kemasukan ke negara-negara yang diingini,
02:00mereka akan continue menyokong Presiden Trump.
02:03Jadi itu perkara-perkara yang kita kena belajar, memahami, menilai dan kemudian membuat tawaran yang sewajarnya.
02:12Terima kasih.