00:00Malaysia mengecam keras rancangan Israel untuk menguasai Gaza
00:04menyifatkannya sebagai satu bentuk penjajahan modern selain satu penghinaan
00:10terhadap usaha diplomatik semua pihak.
00:13Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan berkata rancangan itu menandakan peningkatan berani
00:17terhadap cita-cita sekian lama Israel untuk menduduki tanah Palestine.
00:23Menurutnya laporan rancangan pengambil alihan tentera Israel ke atas Gaza adalah keterlaluan.
00:31Beliau berkata walaupun pelbagai pihak telah membuat percubaan mengantara secara ikhlas
00:35Israel bukan sahaja enggan mematuhi gesaan untuk keamanan atau gencatan senjata.
00:42Malah mengabaikan seruan berulang kali untuk melindungi orang awam
00:46membenarkan pemindahan selamat dan memudahkan bantuan kemanusiaan.
00:51Beliau menegaskan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB telah secara rasmi mengisytiharkan Gaza
00:57mengalami kebuluran dengan kadar kekurangan zat makanan yang teruk,
01:02ketiadaan akses kepada makanan dan angka kematian yang semakin meningkat.
01:07Beliau memberi amaran kekejaman dilakukan tentera Israel sepanjang dua tahun lalu
01:12hanyalah permulaan selain menyifatkan regime zonis itu tidak akan bekerjasama dan berhenti melakukan kekejaman.
01:19Muhammad turut memberi amaran keganasan Israel yang bermula dengan Palestine tidak akan berakhir di situ
01:25kerana ia akan terus meluas, merampas tanah di seluruh rantau itu serta menakut-nakutkan pengkritiknya.
01:33Tegas beliau semua negara diajak terus bersuara demi keamanan dan keadilan buat Palestine
01:38selain memastikan negara Palestine merdeka wujud dengan Baitul Mekadis Timur sebagai ibu negara.
01:44Kenyataan itu disuarakan dalam mesyuarat tergempa majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam di Jeddah, Arab Saudi pada Isnin.