Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Siaran langsung khas sempena sambutan Hari Kebangsaan yang diraikan meriah oleh penduduk di Pangsapuri Intan, Taman Bukit Permai, Ampang. Saksikan semangat perpaduan, kekitaan dan patriotisme yang dizahirkan oleh komuniti setempat menerusi pelbagai aktiviti dan persembahan. Hari Kebangsaan bukan sekadar sambutan, tetapi simbol penyatuan seluruh rakyat Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Music
00:05Music
00:10Music
00:18Music
00:29Okay, okay, welcome to the show.
00:36Assalamualaikum dan salam sejahtera.
00:38Selamat Hari Merdeka.
00:40Dan saya ketika ini bersiaran langsung dari Pangsa Puri Intan,
00:45Bukit Permai, Ampang Jaya,
00:47untuk melihat dan juga merasai kemeriahan sambutan kemerdekaan
00:50yang dianjurkan oleh komuniti setempat yang berada di sini.
00:54Dan tentunya laporan komprehensif akan saya bawakan seketika nanti.
00:58Dan kita beralih ke laporan antarabangsa buat ketika ini.
01:02Peran Menteri Kerajaan Houthi Diaman Ahmad Galib Al-Rahwi
01:05dilaporkan terbunuh bersama beberapa menteri lain dalam serangan udara Israel
01:09ke atas Ibu Negara Sana'a pada Khamis lalu.
01:12Ketua Majlis Politik Tertinggi Houthi Mahdi Al-Mashad mengesahkan insiden itu.
01:18Sementara itu, Israel dalam kenyataan pada Jumaat berkata serangan itu
01:21menyasarkan Ketua Turus Tentera, Menteri Pertahanan
01:25serta beberapa pegawai kanan Houthi
01:27namun hasil operasi tersebut masih dalam proses pengesahan.
01:32Dalam perkembangan sama, Tentera Israel memaklumkan
01:34pejuangnya mengebom sebuah kompleks di kawasan Sana'a
01:38yang menempatkan pimpinan Houthi
01:40selain menyifatkan serangan itu hasil kejayaan risikan.
01:45Houthi yang disokong Iran sebelum ini melancarkan serangan ke atas kapal di Laut Merah
01:49sebagai tanda solidariti terhadap penindasan rakyat Palestine.
01:53Ini pula perkembangan protes yang berlaku di Indonesia.
02:06Kediaman Ahli Dewan Pewakilan Rakyat Indonesia Ahmad Saroni
02:08di Jakarta Utara diserbu orang ramai pada Sabtu.
02:12Perusuh merubuhkan pagar dan memecah masuk ke dalam rumah.
02:16Seterusnya, harta milik Ahmad Saroni dibawa keluar dan diagihkan kepada orang ramai.
02:21Antara barangan dirampas adalah wang tunai, peti sejuk, televisyen serta peti besi.
02:27Selain itu, kereta yang diparkir di Garaj juga menjadi sasaran serangan orang ramai.
02:32Nama Ahmad Saroni menjadi tumpuan hangat selepas beliau menifatkan individu
02:35yang menyerbu pembubaran Dewan Pewakilan Rakyat atau DPR sebagai kurang berakal.
02:41Susulan terpalik kontroversi parti diwakili Ahmad Saroni iaitu Nasdem
02:45memutuskan untuk menarik beliau daripada jawatan timbalan ketua komisi ketiga di DPR
02:50dan menempatkannya sebagai ahli komisi pertama.
02:53Keberadaan Ahmad Saroni ketika ini belum dapat dipastikan.
02:57Namun itulah naratif di medan sosial mendakwa beliau ketika ini di Singapura.
03:01Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan rang undang-undang RUU pekerja GIG 2025
03:16yang diluluskan Parlimen sebagai hadiah kepada anak muda berkecimpung dalam sektor GIG.
03:22Jelas beliau RUU tersebut memberikan takrifan lebih jelas kepada profesyen berkenaan dengan pelindungan sosial
03:28yang kukuh serta masa depan lebih terjamit.
03:34Ia merupakan satu kemenangan bagi pekerja GIG sesuai dengan semangat kemerdekaan kini
03:38iaitu pembebasan dari tekanan serta mendengar dan menyantuni tuntutan komuniti ini.
03:44Tegasnya, setiap keringat dan usaha pekerja GIG adalah beron maruah
03:48serta mempunyai sumbangan yang besar kepada pengukuhan ekonomi rakyat dan negara.
03:53Hujan Anwar lagi, meskipun RUU itu perlu melalui proses perundangan rumit dan ada menerima bantahan
03:59ia akhirnya diluluskan.
04:02Selain itu, beliau tetap merakam penghargaan kepada Menteri Sumber Manusia Stephen Sim dan kementeriannya
04:08yang konsisten menyokong usaha merealisasikan aspirasi melibatkan pekerja GIG.
04:13RUU pekerja GIG 2025 akan memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pekerja sektor berkenaan
04:19termasuk hak rendingan gaji dan syarat kerja.
04:25Keadaan pelajar tingkatan 3 yang dipercayai terjatuh dari tingkat 3 sebuah asrama di Sabak Bernam
04:31berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan yang positif.
04:35Exko Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaludin berkata
04:40Jabatan Kesihatan Negeri Selangor JKNS memaklumkan pelajar lelaki itu masih menerima rawatan
04:46di unit rawatan rapi Hospital Sungai Buloh.
04:50Katanya, mangsa telah menjalani prosedur khas bagi mengawal tekanan dalam otak
04:55dan rawatan kecemasan itu berjaya dilengkapkan dalam tempoh 48 jam pertama.
05:01Setakat hari ketiga selepas rawatan, keadaan pelajar dilaporkan lebih stabil
05:05dan menunjukkan beberapa tidak balas positif.
05:08Jamaliah turut menyeru kerjasama orang ramai untuk memberikan ruang kepada keluarga mangsa
05:13serta mengelak daripada membuat atau menyebarkan spekulasi.
05:18Katanya, Kerajaan Negeri bersama JKNS akan memantau perkembangan kesihatan mangsa
05:23dan memberikan sokongan kepada pihak keluarga.
05:27Pelajar tingkatan 3 yang dilaporkan terjatuh dari tingkat 3 asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam pada selasa lalu
05:33terpaksa ditidurkan kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan otak.
05:38Pada Khamis, pihak polis memaklumkan sedang meneliti rakaman CCTV
05:42dan keterangan beberapa individu telah dirakam pada Rabu termasuk daripada pihak sekolah.
05:47Mu'alaf mempunyai kedudukan istimewa dalam usaha memupuk persefahaman antara Muslim dan bukan Muslim.
05:58Demikian intipati Persidangan Komuniti Muslim Baharu 2025 yang menghimpunkan ratusan peserta
06:03antaranya pemimpin komuniti, saudara baharu, aktivis serta masyarakat umum daripada pelbagai latar belakang di Kuala Lumpur pada Khamis.
06:11Persidangan Anjuran New Muslims Community atau NMC ini menekankan peranan unik saudara baharu
06:20sebagai jambatan semula jadi dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum dan agama.
06:26Pengasas dan Presiden Al-Khadim, Datuk Syekh Hussein Yi berkata,
06:30masyarakat perlu sedar cabaran saudara baharu serta komited dalam visi membina masyarakat Malaysia yang lebih inklusif.
06:38Sepajang persidangan, perserta mengambil bahagian dalam sesi perbincangan panel, perkongsian kisah peribadi dan forum interaktif.
06:46Antara tema yang dibincangkan ialah dinamika kekeluargaan saudara baharu,
06:50pembentukan komuniti sokongan serta usaha mengukuhkan perpaduan sosial ke arah membina sebuah negara yang lebih bersatu dan harmoni.
06:58Jemputan kehormat yang lain antaranya Presiden Islamic Propagation Society International, Datuk Kamaruddin Abdullah,
07:05Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta selebriti Finn Jamal, Noh Saleh dan Lisa Surihani.
07:15Tiada pertandingan melibatkan lima jawatan tertinggi PAS melibatkan Presiden,
07:21Timbalan Presiden dan tiga naib Presiden dalam pemilihan sempena muktamar tahunan ke-71 parti itu
07:26pada pertengahan September ini.
07:29Perkara itu disahkan setiusaha agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
07:33Menurut Takiyuddin, keputusan itu selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Maknur,
07:39menolak pencalonannya.
07:40Pencalonnya untuk bertanding bagi jawatan naib Presiden PAS buat kali ketiga
07:44dan hanya bertanding untuk jawatan ahli jawatan kuasa kerja AJK PAS Pusat.
07:49Takiyuddin memaklumkan keadaan itu sekaligus menyaksikan
07:54Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Doktor Ahmad Samsuri Mohtar,
07:58Speaker Dewan Undangan Negeri Dun Kelantan, Datuk Mohamad Amarnik Abdullah
08:01dan Datuk Idris Ahmad kekal bagi jawatan berkenaan sehingga pemilihan akan datang.
08:05Jadi, Yang Maknur Ahmad, Datuk Seri Sanusi mempunyai peranan yang cukup penting dalam PAS
08:14sebagai Panglima Pilihan Raya kita.
08:20Dia akan terus menjadi Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS seluruh negara.
08:27Yang terdekatnya Pilihan Raya Sabah pun beliau akan terlibat.
08:30Dan itu peranan yang cukup penting kepada beliau.
08:33Jadi, tanpa apa-apa tekanan, beliau memutuskan untuk tidak menerima percanaan pada kali ini.
08:41Mungkin kali-kali akan datang, masanya akan tiba.
08:46Itulah proses kepimpinan yang ada dalam PAS.
08:51Tapi dia kekallah sebagai bertanding untuk jawatan ahli jawatan kuasa PAS Pusat itu kekal.
08:58Dalam perkembangan sama, Takiyuddin maklumkan bahawa seramai 30 calon akan bertanding bagi mengisi 18 jawatan ahli jawatan kuasa kerja PAS Pusat bagi penggal kali ini.
09:10Bagi sayap Dewan Ulama PAS, tiada pertandingan melibatkan semua jawatan termasuk Ketua, Timbalan, Naib serta AJK.
09:16Manakala Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat, pertandingan hanya berlangsung bagi peringkat AJK sahaja.
09:23Jelasnya keadaan yang berlaku bukanlah sesuatu yang pelik di mana ahli-ahli PAS sentiasa diajar dengan sikap menolak jawatan.
09:29Beliau turut menyatakan bahawa muktamat tahunan yang berlangsung pada 15 dan 16 September di Kedah tahun ini akan melibatkan 4,200 perwakilan dari seluruh negara.
09:43Baik, jangan kemana-mana. Seketika nanti saya akan bersama dengan penduduk Pangsa Puri Intan, Bukit Permai Ampang Jaya. Kita berhenti, berehat seketika.
09:50Baik, kembali lagi dalam Buletin Awan Ijam ini. Saya masih lagi bersiaran langsung dari Pangsa Puri Intan, Taman Bukit Permai Ampang Jaya.
10:18Untuk melihat sendiri dan juga merasai kemeriahan suasana sambutan kemerdekaan ke-68 yang dianjurkan bersama oleh komuniti penduduk di sini.
10:28Dan saya nak bersama dengan salah seorang penduduk Pangsa Puri Intan.
10:33Abang, boleh saya ambil masa abang kejap?
10:35Boleh si.
10:36Nama apa?
10:36Nama saya Azmal bin E. Wahab. Bekerja di Masjid Permajar sebagai pemandu.
10:41Okey, bang. Setiap tahun saya difahamkan memang akan ada sambutan sebeginilah.
10:46Tahun ini macam mana? Meriah tak?
10:48Alhamdulillah, saya tahu kita dekat Pangsa Puri Intan ini ada buat adik abang kemerdekaan.
10:54Bermada-bermada tahun ini lebih meriah lagi lah. Bermada tahun yang lepas.
10:59Okey, bila abang sama-sama bersama dengan penduduk di sini menyambut kemerdekaan, apa perasaan itu? Mungkin abang boleh gambarkan.
11:07Perasaan itu gembira, penat sebab kita meriah blok-blok.
11:11Kalau boleh, penduduk-penduduk setiap blok, turun bersama-sama membantu setiap blok lah.
11:18Itu serangan saya lah.
11:19Okey, bang. Sikit lah ucapan kemerdekaan.
11:21Sebagai rakyat Malaysia, ada pelu-pelu bersama-selama rakyat Malaysia, tak kira di mana.
11:28Di dalam Malaysia atau negara.
11:30Saya menyebut kemerdekaan ini dengan penuh bermakna.
11:33Kepada tahun-tahun ni lah.
11:34Okey, bang. Terima kasih.
11:37So, bila kita bercakap tentang kemerdekaan, tentunya antara satu elemen yang penting untuk kita titik beratkan adalah perpaduan.
11:45Dan tentunya di sini bukan sahaja orang Melayu.
11:49Tetapi ada juga saya lihat tadi kebersamaan di antara penduduk Melayu, Cina dan India.
11:54Untuk itu, saya nak bersama dengan salah seorang penduduk yang berbangsa Cina.
11:59Dia ke belakang tadi. Saya nampak dia.
12:01Okey, boleh bagi tahu nama awak siapa?
12:05Vivian Chan.
12:07Okey, Vivian Chan. Adakah ini pertama kali anda bersambut kemerdekaan ataupun tahun yang keberapa?
12:13Tahun ini kelima. Saya punya lah campur.
12:18Okey, bila Vivian bersama-sama dengan penduduk di sini, mesti ada satu perasaan yang sukar digambarkan kan?
12:26Mungkin boleh ceritakan tentang perasaan tersebut.
12:28Gembira lho. Pada jumpa-jumpa cilan semua.
12:34Mungkin satu mesej kemerdekaan kepada penonton Estrawan ni?
12:38Selamat menambut hari kemerdekaan ke?
12:41Selamat hari kemerdekaan.
12:43Okey, itu dia antara salah seorang penduduk pangsa Puri Intan yang turut ikut bersama meraihkan sambutan kemerdekaan yang dianjurkan oleh komuniti penduduk di sini.
12:55Dan saya tidak hanya bersama dengan penduduk yang berbangsa Melayu dan juga Cina.
13:01Tentunya saya bersama dengan penduduk yang berbangsa India.
13:05Abang, boleh ceritakan nama abang siapa?
13:07Ganesh Annalaki Parmasium. Blok 1.
13:10Wah, bangga dengan blok.
13:12Semangat.
13:14Abang, ini kali keberapa abang ikut serta dalam sambutan pada tahun ni?
13:18Kalili, kalili, kalili.

Recommended