• 1 year ago
Taufan Peipah menyebabkan angin kencang yang memusnahkan lebih 220 bangunan di Shizuoka, Jepun, mencederakan sekurang-kurangnya 23 orang termasuk tiga parah.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 23 cedera apabila tiupan angin kencang akibat taufan pipah memusnahkan 220 bangunan di wilayah Shizuoka pada Jumaat.
00:11Susulan itu, sebuah rakaman media menunjukkan bumbung rumah tercabut dan kenderaan terbalik akibat angin kuat.
00:19Menurut laporan, tiupan angin kencang direkodkan di empat kawasan perbandaran di wilayah Shizuoka, termasuk Bandar Yoshida dan Bandar Makinohara.
00:27Pihak berkuasa Bandar Makinohara memaklumkan 3 orang cedera parah, manakala 20 lagi cedera ringan.
00:35Selain itu, sekurang-kurangnya 43 bangunan dilaporkan musnah sepenuhnya atau sebahagian, manakala 184 bangunan lagi mengalami kerosakan sebahagian di Bandar Makinohara.
00:48Taufan pipah diturunkan statusnya kepada ribut tropika sekitar jam 9 malam waktu tempatan pada Jumaat di Pesisi Timur Jepun.
00:57Terima kasih.
00:58Terima kasih.

Recommended