00:00Hampir semua laluan London Underground digantung pada Isnin selepas Kesatuan Pekerja Kereta Api, Maritim dan Pengangkutan RMT United Kingdom melancarkan mogok menyebabkan rangkaian pengangkutan ibu kota itu lumpuh.
00:16Menurut laman web Transport for London, TFL, mogok yang diumumkan pada Ogos lalu berhubung petikaian gaji dan syarat kerja itu telah menghentikan hampir keseluruhan perkhidmatan TUBE.
00:30Namun hanya terdapat beberapa bahagian kecil daripada tiga laluan masih beroperasi.
00:37Docklands Light Railway yang berkhidmat di City of London masih beroperasi tetapi dijangka ditutup sama ada pada Selasa atau Khamis sebagai sebahagian daripada mogok berasingan.
00:48Perkhidmatan Overground lain pula masih berjalan.
00:51Penutupan laluan bawah tanah itu bermula pada ahad apabila sebahagian laluan ditutup secara berperingkat pada sebelah petang dan menjelang malam kebanyakan laluan ditutup sepenuhnya.
01:01Mogok dijangka berterusan sehingga pagi Jumaat.
01:04RMT menutup kenaikan gaji dan pengurangan minggu bekerja daripada 35 kepada 32 jam.
01:10Terdahulu TFL bersetuju menaikkan gaji bekerja sebanyak 3.4% tetapi menolak cadangan memendekkan waktu bekerja kerana dianggap tidak praktikal dan tidak mampu ditanggung.
01:22Terima kasih.