00:00Sekurang-kurangnya 10 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang dua tingkat bertembung kereta api kargo di Meksiko tengah pada Isnin.
00:10Kejadian berlaku di Leboraya Persekutuan Atla Comulco, Marovesio di kawasan perbandaran Atla Comulco, Meksiko.
00:19Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital, manakala pasukan kecemasan masih menjalankan operasi di lokasi kejadian.
00:26Demikian menurut Agensi Pelindungan Awam Negeri itu.
00:28Masa sebenar kemalangan tidak dinyatakan, rakaman video dalam talian menunjukkan bas dua tingkat itu perlahan-lahan melintasi landasan di jalan sibuk dengan banyak kenderaan menunggu sebelum dirempuh kereta api.
00:42Canadian Pacific Kansas City of Meksiko pengendali kereta api itu dalam kenyataan media mengesahkan nahas berkenaan serta merakamkan takziah kepada keluarga mangsa.
00:53Dan syarikat itu memaklumkan kaki tangannya bekerjasama dengan pihak berkuasa di lokasi dan menggesa orang ramai mematuhi papan tanda lalu lintas serta berhenti di lintasan kereta api bagi mengelakkan kemalangan.
01:05Pejabat Penguat Negara Negeri Meksiko telah memulakan siasatan untuk menentukan punca kemalangan dan mengesan pemandu bas yang dilaporkan hilang dari lokasi.
01:16Sistem pengawasan video melaporkan lebuh raya berkenaan ditutup di kedua-dua arah.
01:22Sementara kerja penyelamatan dan forensik diteruskan.