00:00Beberapa letupan kuat mengegarkan ibu negara Qatar tidak lama selepas Israel mendedahkan kepada The Associated Press bahawa pihaknya menyasarkan pemimpin Hamas di Doha.
00:13Meskipun pada awalnya, perdedahan Israel tidak menyatakan secara khusus tentang lokasi sasaran serangan udara tersebut, namun perkembangan semasa menghubungkan kemungkinan situasi itu.
00:25Kaitan pengumuman Israel dengan insiden letupan di Qatar turut dilaporkan oleh Al-Jazeera yang menyatakan kesan beberapa letupan berkenaan menyebabkan kepulan asap hitam yang jelas di tengah bandar raya berpopulasi sekitar 2 juta orang itu.
00:44Kenyataan rasmi tentera Israel menyusul kemudian apabila insiden di Doha itu disahkan mereka.
00:49Al-Jazeera yang memetik sumber Hamas melaporkan serangan itu menyasarkan pasukan perunding Hamas yang bertemu untuk membincangkan tentang tawaran kejataan-kejataan terbaru oleh Amerika Syarikat.
01:01Sementara itu, Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Ismail Bakai berkata serangan tersebut membuktikan pelanggaran jelas semua undang-undang antarabangsa dan sebuah ancaman serius ke atas keselamatan rakyat Qatar dan penduduk di negara itu.
01:14Para pemimpin Hamas yang hidup dalam buangan telah lama menjadikan Qatar sebagai pangkalan mereka.
01:21Qatar juga selama bertahun-tahun telah bertindak sebagai pengantara rundingan antara Hamas dan Israel malah sejak sebelum serangan memuncak di Semenanjung Gaza.
01:30Terima kasih telah menonton!