00:00Seni diplomasi perlu dikuasai untuk membebaskan delegasi Malaysia yang diculik Israel dalam misi kemanusiaan Freedom Fertilar Coalition bersama Thousand Madelines to Gaza pada Rabu.
00:12Setiap pihak berganding bahu untuk membawa pulang anak-anak Malaysia ini. Antara yang bekerja keras adalah tenaga kerja MyCare selaku penganjur.
00:21Wartawan Israwani Ashraf Malik berada di Ibu Pejabat MyCare di Seri Kembangan. Ini perinciannya.
00:30Baik, terima kasih rakan setugas di studio. Jadi, satu, kita boleh lihat ini sebagai satu episod berulang apabila misi kemanusiaan Freedom Fertilar Coalition bersama Thousand Madelines to Gaza dipintas Israel pada jam 10.50 pagi Rabu.
00:46Seperti dahulu, untuk Global Sumut Fertilar, kita ada Pusat Gerakan Operasi Sumut Nusantara atau kita panggil sebagai SNCC.
00:55Jadi, kini kita juga ada Command Center tersendiri di Ibu Pejabat MyCare di Seri Kembangan ini.
01:01Jadi, apa operasi yang kita ada dalam Ibu Pejabat ini?
01:05Jadi, pertama sekali kita lihat di belakang saya ini, kita ada skrin besar memaparkan tracker.
01:11Jadi, jika kita lihat, titiknya sudah terhenti kerana kapal sudah dipintas pada pagi tadi.
01:19Jadi, titik ini terhenti sekitar 120 batu nautika daripada perairan Gaza.
01:24Betul-betul luar daripada zon merah. Masih belum lagi memasuki zon merah.
01:30Dan jika kita lihat, di sini pula adalah senarai kapal yang sudah dipintas ke semuanya.
01:35Semua sembilan kapal yang menyertai misi kemanusiaan ini.
01:39Jadi, yang sudah tentunya menjadi tumpuan untuk kita rakyat Malaysia adalah kapal Conscience yang mempunyai 8 delegasi Malaysia.
01:47Dan juga yang terakhir adalah kapal Um Sa'ad yang baru seorang delegasi Malaysia iaitu Dr. Maziah.
01:53Jadi, ini adalah operasi sebelum dipintas Israel.
01:59Bagaimana pula dengan operasi sekarang?
02:01Jadi, kita lihat operasi sekarang ini tertumpu kepada post event.
02:06Post event ini terletak di tingkat 2 bangunan.
02:09Sekarang ini kita ada di bahagian ground level.
02:12Jadi, akses ke tingkat atas ini sedikit telah dikawal.
02:17Dikawal keluar masuknya.
02:19Dan tidak semua orang boleh sesuka hati memasuki ke tingkat 2 di bahagian atas bangunan ini.
02:24Jadi, apa operasi yang ada di tingkat 2 bangunan ini?
02:26Pertama sekali, kita ada komunikasi dengan pihak tertinggi lah antaranya.
02:31Melibatkan badan perundangan adalah untuk mendapatkan bagaimana proses deportasi untuk berbawa keluar delegasi Malaysia yang ditahan.
02:41Jadi, seperti kita tahu sebelum ini, delegasi Malaysia sudah sebulat suara bersetuju untuk terus menandatangani borang deportasi sekiranya dipintas oleh Israel.
02:50Kerana tidak mahu menetapkan berbandang tambahan kepada pimpinan negara dan tidak mahu mengambil sebarang risiko tambahan.
02:57Kerana seperti yang sedia maklum, Israel bertindak semakin ganas dalam berhadapan dengan tahanan global sumut flotila.
03:04Jadi, di atas ini adalah command center, pusat komunikasi yang bersungsi 24 jam jika saya difahamkan.
03:11Kaki tangannya bertukar setiap 4 jam dan pada saat-saat masa itu perlu ada 4 orang bertugas untuk memantau sebarang perkembangan yang masuk sama ada daripada Israel
03:24ataupun daripada negara-negara sahabat yang kita berkolaborasi untuk membebaskan delegasi Malaysia.
03:29Jadi, seperti yang sedia maklum, zon waktu berbeza antara kita dengan Israel, sekitar 5 jam waktunya perbezaan.
03:35Dan selanjutnya, di atas ini juga ada disediakan hostel untuk keluarga-keluarga delegasi Malaysia kita datang untuk mendapatkan maklumat terkini.
03:45Difahamkan mereka tidak tidur di sini tapi ada disediakan tempat untuk mereka datang dan mendengar sekiranya ada apa-apa breaking ataupun maklumat terkini yang tidak disampaikan,
03:54mereka akan mendapatkan maklumat itu di bahagian 2 bangunan ini.
03:59Jadi, saya kira itu adalah operasi post event yang saya dapat rumuskan daripada ibu pejabat MyCare di Seri Kebangunan ini dan kembali semula kepada rakan setugas di studio.