• 1 year ago
Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, kekal menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dan sokongan kepada perniagaan kecil melalui bantuan tunai serta akses pembiayaan yang lebih luas kepada usahawan mikro.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Belanjawan 2016 mengekalkan tumpuan kepada kesejahteraan rakyat dan sokongan terhadap perniagaan kecil khususnya melalui kesinambungan bantuan tunai serta peluasan akses pembiayaan kepada usahawan mikro.
00:13Menurut Ketua Ekonomi, Bank Muamalan Malaysia Berhad Dr. Muhammad Amzal Nizam Abdul Rashid, langkah ini bukan saja membantu keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menghadapi beban kos hidup,
00:23pada masa sama ia menjadi pemangkin kepada perbelanjaan domestik jangka pendek yang seterusnya menjana hasil kepada peniaga tempatan.
00:53diberi untuk 5.2 juta murid-murid sekolah nanti sekitar RM109 seorang.
01:01Jadi untuk situasi ekonomi bagi jangka pendek ini juga diambil kira dengan tuntas lah kerana amount ini sedang pasti dia akan menjanakan suatu perlimpahan ekonomi lah.
01:15Maksudnya dia akan diterjemahkan dalam bentuk perbelanjaan dan perbelanjaan tersebut akan diterjemahkan hasil bagi para peniaga.
01:23Selain itu dalam usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan, peruntukan syarikat jaminan pembiayaan peniagaan SGPP turut ditingkatkan.
01:32Langkah ini membuka akses yang lebih luas kepada modal bagi usahawan mikro dan perusahaan kecil segmen yang menjadi nadi utama kepada ekonomi domestik.
01:39Peningkatan keupayaan pembiayaan dijangka memberi kesan limpahan yang luas terhadap ekonomi tempatan.
01:45Apabila lebih ramai usahawan mikro mendapat akses kepada pinjaman dan modal pusingan, permintaan terhadap bahan mentah, peralatan dan tenaga kerja juga meningkat.
01:54Kesan ini akan memperkukuh kitaran ekonomi domestik di mana perbelanjaan rakyat menggerakkan sektor perniagaan kecil,
02:01seterusnya menambah hasil kerajaan melalui cukai dan pulangan pelaburan sosial.

Recommended