00:00Sarawak merekodkan kadar pengulangan jenayah terendah di negara ini iaitu sebanyak 12.7% pada tahun 2023, sekaligus mencerminkan pelaksanaan program pemulihan yang berkesan dan inklusif.
00:14Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kadar kesesakan penjara di negeri itu juga terendah iaitu hanya 13.2%, jauh lebih baik berbanding kadar standar antarabangsa 20%.
00:30Katanya di Sarawak penubuhan kompleks Songkit Sri Kenyalang menjadi simbol kejayaan model pemulihan modern di mana ia bukan sekadar proses pembetulan tetapi juga platform membina masa depan melalui pemuliharaan warisan, inovasi reka bentuk dan pemberkasaan insan.
00:45Kita latih dia, maksudnya individu itu kalau tak kerana dia terjebak dengan kesalahan undang yang membawa kepada dia masuk penjara, kemahiran yang ada pada diri dia itu adalah kemahiran yang unik, seumpama dengan Songkit.
01:03Tapi balik kali sebab pengaruh kawan, perasaan ingin mencuba, desakkan hidup, peluang tak dapat pada dia, maka perjalanan hidup dia terhenti sehingga dia bawa masuk penjara.
01:19Rupanya dalam penjara itu, talent dia itu kita kenal pasti.
01:22Lebih membanggakan kadar pengulangan jenayah dalam kalangan peserta program pemulihan komuniti hanya 0.24% berbanding kadar umum banduan iaitu 18.6%.
01:35Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kompleks Songkit Sri Kenyalang di penjara puncak Borneo, padawan di Kucing pada Isnin.
Comments