00:00Dana pampasan negara berjumlah RM13.25 triliun atau bersamaan RM3.38 bilion telah dikembalikan kepada Kerajaan Indonesia hasil kes rasuah kemudahan ekspor minyak sawit mentah dan produk sebahagiannya.
00:16Presiden Indonesia Prabowo Subianto menyaksikan penyerahan tersebut yang disempurnakan Pegawai Pendakwa Utama Negara ST Burhanuddin kepada Menteri Keuangan Purbaya Yudi Sariwa dalam satu majlis di Ibu Pejabat Kejaksaan Agong Republik Indonesia pada Isnin.
00:32Majlis tersebut turut dihadiri Panglima Tentera Nasional Indonesia, General Agus Subianto, Menteri Pertahanan Jafri Samsuddin, Setiusenegara Prasetyo Hadi serta beberapa pemimpin lain dalam Kabinet Merah Putih.
00:49Prabowo menyifatkan penyerahan dana tersebut sebagai tanda keazaman tinggi kerajaan dalam memperkukuh tabi urus negara dan melaksanakan tindakan tegas terhadap amalan rasuah khususnya dalam sektor strategik yang memberi kesan langsung kepada rakyat.
01:05Pegawai Undang-Undang Tertinggi Negara Burhanuddin menegaskan tindakan itu memberi isyarat jelas bahawa kerajaan akan memfokus kepada kes yang memberi kerugian besar kepada negara dan menjejaskan industri penting seperti garam, gula dan keluli.
01:19Dana yang dikembalikan itu merupakan sebahagian daripada jumlah kerugian negara sebesar 17 triliun rupiah yang melibatkan syarikat sawit utama termasuk Wilma Group, Musim Mas Group dan Permata Hijau Group.
01:32Daripada jumlah itu, 13.25 triliun rupiah dibayar dalam bentuk tunai manakala baki 4 triliun rupiah ditangguh sebagai cagaran.
01:41Majlis tersebut dilihat sebagai penanda kejayaan politik dan ekonomi kerajaan Prabowo yang menunjukkan komitmen tak diurus bersih melalui pemulihan aset negara dan tindakan tegas terhadap pelaku rasuah.
01:53Terima kasih.