Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Malaysia sedia mengadakan rundingan antara Thailand dan Kemboja susulan ketegangan terbaharu antara sempadan kedua-dua negara sekali gus memastikan gencatan senjata yang dimeterai sebelum ini kekal.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia sedia mengadakan rundingan antara Thailand dan Kemboja susulan ketegangan terbaru antara sempadan kedua-dua negara sekaligus memastikan genjatan senjata yang dimeterai sebelum ini kekal.
00:12Menteri Luar Datuk Seri Mohd Hassan berkata, rundingan dijangka diadakan selepas perbincangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam waktu terdekat.
00:21Malah katanya Malaysia bersedia menjadi pemudah cara membantu kedua-dua pihak mencari penyelesaian aman.
00:31Muhammad menambah Kemboja dan Thailand tidak lagi ada semangat kepercayaan hingga kedua-dua negara menghubungi kerajaan Malaysia meminta meneruskan usaha kekalkan genjatan semula.
00:42Susulan konflik tersebut Malaysia menzahirkan rasa kesal kerana selepas perjanjian damai Kuala Lumpur yang ditandatangani kedua-dua pemimpin Kemboja dan Thailand semasa sidang kemucak ASEAN ke-47 tempoh hari, mereka dilihat amat gembira tetapi kini ada sedikit petelingkahan di peringkat sempadan.
01:02Menurut Muhammad, Thailand menggantung genjatan senjata itu berikutan ada anggota tentera Thailand yang meronda kawasan sempadan terpijak periuk api hingga mendatangkan kecederaan yang didakwa ditanam oleh Kemboja.
01:18Pasukan pemantau ASEAN tidak diletakkan di sempadan namun mereka sentiasa memantau dan melaporkan perkembangan di kawasan berkenaan kepada pihak berkaitan.

Recommended