• 11 months ago
Jumlah mangsa banjir di Pahang terus mencatatkan penurunan dengan 2,793 mangsa daripada 918 keluarga masih ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 2.30 petang, Ahad.
Transcript
00:00Kembali kita teruskan dengan laporan terkini banjir jumlah mangsa di Pahang terus menurun dengan 2,793 orang daripada 918 keluarga
00:10masih ditempatkan di 35 pusat pembindahan sementara setakat jam 2.30 petang tadi.
00:16Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Kuantan, kini merekodkan 2,178 orang daripada 741 keluarga.
00:25Semua mereka ditempatkan di 19 PPS di 3 mukim.
00:30Sementara itu, Pekan catatkan 430 orang mangsa daripada 136 keluarga yang masih berlindung di 6 PPS melibatkan 4 mukim.
00:40Selain itu, 3 PPS masih dibuka di daerah Bera dan Temerloh, 2 PPS di Jerantut dan 1 PPS masing-masing di Maran dan Rompin.
00:49Manakala di Terengganu, 80 orang daripada 24 keluarga masih berlindung di 1 PPS, iaitu di Kemaman.
00:56Terima kasih.
01:03Terima kasih.
01:04Terima kasih.
01:05Terima kasih.
01:06Terima kasih.

Recommended