• 11 months ago
MIC diminta membuat ketetapan sama ada parti itu mahu kekal sebahagian parti komponen dalam BN atau tidak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00MIC diminta membuat ketetapan sama ada mahu kekal menjadi sebahagian parti komponen dalam barisan nasional atau sebaliknya.
00:08Pengurusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika MIC gagal menentukan hala tuju, kemimpinan tertinggi parti BN boleh membantu membuat keputusan.
00:18Setakat ini, katanya BN belum ada keputusan mengenai kedudukan MIC dalam gabungan BN,
00:22walaupun mengetahui terdapat salinan surat berhubung permohonan parti itu untuk diterima masuk ke Perikatan Nasional.
00:30Saya bercakap tentang soal kesetiaan.
00:38Saya tahu bahawa MCA dan MIC berada di dalam perikatan ketika keberdekaan dituntut dan barisan nasional yang mempunyai sejarah tujuh dekad.
00:55Jadi kalau kepimpinan sekarang untuk memutuskan sebaliknya, kerana perwakilan telah memberikan kuasa mutlak kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan,
01:08maka saya ingin mengulangi. Jika mereka tidak dapat membuat keputusan, kami akan buat keputusan.
01:18Beliau berkata isu tersebut menimbulkan persoalan mengenai kesetiaan berikutan MIC mempunyai sejarah panjang bersama BN.
01:35Beliau berkata demikian pada sedang media selepas merasmikan Perhimpunan Agong Tahunan Parti Makal Sakti Malaysia MMSP ke-17 di sebuah hotel di Sebrang Jaya pada Ahad.
01:45Media sebelum ini melaporkan Perhimpunan Agong Tahunan MIC ke-79 memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada parti itu akan keluar atau kekal dalam BN.
01:54Sementara itu mengulas pendirian MCA, beliau menghormati sikap parti itu yang tidak dapat menerima kerjasama dengan DAP.
02:02Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa BN tidak pernah menjalinkan kerjasama secara rasmi dengan DAP.
02:08Kerjasama BN hanyalah dengan Pakatan Harapan.
02:11DAP adalah parti komponen dalam PH, sebagaimana amanah dan PKR.

Recommended