00:00Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia-Indonesia, Iswami Malaysia meminta media masa di kedua-dua negara memainkan peranan penting dalam mensejahterakan hubungan dua hala kedua-dua negara.
00:13Dalam kedataan pada ahad, Iswami Malaysia mahu media turut memainkan peranan dengan menghormati dasar atau kebijakan kepimpinan masing-masing.
00:22Presiden Iswami Malaysia, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzaman berkata, laporan media seharusnya menjurus kepada usaha memperkukuh hubungan kedua-dua negara serumpun itu selain memberi kefahaman terhadap isu-isu berkepentingan bersama.
00:38Menurutnya, Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan rapat yang terjalin sejak sekian lama sama ada di peringkat kepimpinan mahupun rakyat.
00:45Subungan itu, beliau menegaskan media perlu sentiasa mendukung segala usaha yang dilakukan kerajaan dalam menangani permasalahan serta isu-isu bersama termasuk bencana alam.
00:57Merujuk kepada kejadian bencana alam yang berlaku di Pulau Sumatera baru-baru ini serta pendirian Indonesia yang tidak menerima bantuan luar negara, Ahmad Zaini menekankan media di kedua-dua negara perlu berhati-hati dalam membentuk naratif pelapuran.
01:11Katanya pelapuran yang tepat dan beretika amat penting bukan sahaja untuk memastikan masyarakat menerima maklumat sahih tetapi bagi mengekalkan hubungan baik antara dua negara jiran.
01:23Dalam masa yang sama, isu-isu Malaysia menyatakan keyakinan semangat ASEAN serta hubungan akrab antara kedua-dua negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan terus memperkukuh ikatan persaudaraan antara dua negara serumpun itu.
01:41Terima kasih telah menonton!