• 10 months ago
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan keterangan sedia ada tidak mencukupi untuk menyokong pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sekali gus membawa kepada keputusan tiada tindakan lanjut diambil terhadap kes melibatkan Dana Yayasan Akalbudi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Peguam Negara EGC sahkan keterangan sedia ada tidak mencukupi untuk menyokong pertuduhan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,
00:09sekaligus membawa kepada keputusan tiada tindakan lanjut diambil terhadap kes melibatkan dana yayasan akal budi.
00:16Dalam kenyataan pada Kamis, EGC memaklumkan keputusan itu dibuat selepas meneliti secara menyeluruh keterangan baharu hasil siasatan lanjut dan terperinci
00:26yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.
00:33Siasatan itu dijalankan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023
00:40yang melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan melibatkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.
00:49Menurut EGC, siasatan lanjut itu meliputi aspek sumber dana, kaedah perolehan serta penggunaan dana yayasan akal budi.
00:58Ia termasuk perkara yang dibangkitkan melalui enam representasi selepas tertuduh dipanggil membela diri.
01:04Hasil penilaian keseluruhan, bahan dan keterangan baharu mendapati keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendawaan bagi kesemua pertuduhan berkenaan.
01:15Keputusan itu turut mengambil kira skop siasatan awal, penilaian dalaman pendawaan serta dapatan siasatan lanjut
01:23yang merangkumi keseluruhan tempoh penubuhan dan operasi yayasan akal budi.
01:28EGC menegaskan keputusan tersebut dibuat berdasarkan pertimbangan profesional dan undang-undang selaras dengan kuasa Peguam Negara
01:36di bawah Perlembagaan Persekutuan sekaligus melamatkan secara muktamad kes berkenaan.

Recommended