Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Kupasan awal Prof Dr Mohd Mizan Mohamad Aslam mengenai implikasi Dasar Industri Pertahanan Negara terhadap kedaulatan, industri tempatan dan geopolitik Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hari ini, kerajaan melancarkan dasar industri pertahanan negara DIPN yang dilihat sebagai langkah strategik untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada pihak luar serta memperkukuh ekosistem industri pertahanan tempatan.
00:12Dan untuk reaksi awal serta kupasan pantas tentang implikasi dasar ini, kita nak bersama dengan Prof. Dr. Mohd Mizan Mohd Aslam yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Hubungan Antarabangsa Keselamatan dan Undang-Undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
00:26Assalamualaikum, selamat pagi, Prof.
00:30Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi, ya.
00:32Prof, secara ringkasnya, bagaimana Prof melihat pelancaran DIPN ini dari sudut kepentingan strategik keselamatan negara kita?
00:40Ok, pertama sekali kita mengucapkan taniah kepada kerajaan kerana melancarkan apa yang kita panggil DIPN iaitu Dasar Industri Pertahanan Negara.
00:52Sebelum ini kita ada Dasar Pertahanan Negara, kita ada segala polisi yang berkait dengan pertahanan tetapi kali ini kita fokuskan kepada industri.
01:03Itu sesuatu yang cukup menarik dan saya fikir ini adalah satu lonjakan baru terutama sekali di bawah Kerajaan Madani Perpaduan pada hari ini.
01:12Yang kedua, apa yang kita boleh lihat dalam DIPN yang dilancarkan ini ialah kerajaan berusaha untuk memastikan kita tidak hanya bergantung kepada sumber yang datang dari luar, ya.
01:26Iaitu kita cuba berdikari ataupun membangunkan industri kita sendiri dan disebabkan itulah salah satu daripada trust DIPN ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada pihak-pihak luar.
01:40Jadi kita sebelum ini jelas bahawa kita sangat bergantung kepada industri ketenteraan daripada barat dan juga sedikit daripada timur.
01:51Tetapi hari ini kita sudah mula diversify kepada beberapa negara lain seperti ada Korea, ada Turki, Poland dan lain-lain.
01:59Maka di dalam jangka masa panjang kita mahu supaya ianya dibangunkan oleh anak terpatan sendiri tetapi saya cuma perlu mengingatkan kepada kerajaan memberikan satu cadangan bahawa kita harus memastikan keupayaan itu berada pada tahap yang terbaik.
02:19Kita tidak mahu sebagaimana apa yang terjadi dalam beberapa industri yang kita cuba bangunkan, ya.
02:26Sebelum ini kapal dan sebagainya itu yang akhirnya tak tahu ke mana, rosak dan juga seperti hampir gagal, ya.
02:36Tetapi cuba diselamatkan dengan semampunya.
02:38Maka keupayaan itu harus diberikan perhatian yang cukup jelas, ya.
02:43Selain daripada itu, saya juga suka sekali apabila kerajaan dalam industri pertahanan ini cuba untuk mencipta kekayaan.
02:53Kerana kekayaan ini adalah aset ataupun keperluan, ya.
02:59Terutama sekali dalam masa hadapan.
03:01Maka dengan adanya satu lagi industri iaitu pertahanan dan kita tidak lagi mahu hanya maknanya menjadi sebuah negara yang mengeksport microchips ataupun perkara-perkara berkaitan dengan komoditi.
03:19Tetapi kita mahu mungkin menjadi antara pengeluar yang terbaik dan juga pengeksport senjata ataupun teknologi ketenteraan yang terkini.
03:29Dan juga Prof, apabila kerajaan menetapkan penekanan kepada lokal konten dan pemindahan teknologi, apa mungkin mesej utama yang sebenarnya ingin disampaikan kepada industri pertahanan tempatan?
03:45Ya. Apa yang kita cuba sampaikan bahawa kita ada kemampuan untuk berdikari dan juga untuk membangunkan teknologi sendiri dan kita tidak mahu hanya bergantung kepada barat.
03:58Yang kedua, kalau kita lihat sebenarnya pelbagai industri yang ada pada ketika ini adalah industri yang berasaskan kepada peperangan, ya.
04:12Ataupun ia memang dicipta untuk menjadikan dunia ini sebenarnya huru-hara yang berada pada satu keadaan yang tidak sihat.
04:23Maka saya mahu dan kita mahu melihatlah bahawa dasar industri kita ini bukan hanya untuk mencipta senjata ataupun apa sahaja yang berkait dengan ketenteraan berfokuskan kepada memusnahkan ataupun merosakkan ekosistem manusia.
04:43Tetapi kita harus menjadikan teknologi itu sebenarnya adalah satu teknologi yang berasaskan kepada pertahanan tetapi membawa kepada kehidupan yang lebih bagus, yang lebih damai dan juga kita panggil humanistik.
05:02itu ada dalam pembangunan industri ini. Jadi, ianya adalah sesuatu yang saya fikir baru dan juga luar daripada kebiasaan dan ini boleh dibangunkan dengan
05:14teras-teras yang ada dalam kerajaan dan juga berasaskan kepada apa yang tersebut sebagai nilai-nilai kemanusiaan cara Malaysia dan juga ASEAN itu sendiri untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.
05:28Prof, melihat juga kepada dasar ini, adakah ia dilihat realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh sederhana atau kita ini masih lagi berdepan dengan cabaran besar dari segi keupayaan, kepakaran dan juga mungkin pembayaan?
05:43Ya, itu satu soalan yang sangat-sangat tepatlah untuk kita masing-masing bertanya. Saya melihat bahawa kita sebenarnya mempunyai gagasan yang cukup besar.
05:54kita mempunyai idea yang cukup hebat. Tetapi, persediaan kita adalah satu perkara yang perlu bergerak seiring.
06:02Kalau kita nak tunggu negara kita benar-benar bersedia bahawa kita nak buat pun kita sudah agak terlambat.
06:09Jadi, saya fikir dalam masa yang sama kita melahirkan dan juga mencadangkan satu gagasan yang sebesar ini, sehebat ini.
06:20Dan dalam masa yang sama, pembangunan kapasiti ataupun pembangunan nilai-nilai kemanusiaan, insannya dan sebagainya itu keupayaan tenaga tempatan pun perlu dibangunkan.
06:32Dan yang keduanya, kita juga harus sedar bahawa industri ini memerlukan kepada sumber kewangan yang besar.
06:41Maka, saya fikir itu boleh diberikan satu suntikan daripada pihak kerajaan yang mana sebenarnya ia sangat bergantung apa yang disebut sebagai political will.
06:54Jika kerajaan inginkan, mahukan perkara ini berlaku, ia akan berlaku.
06:58Dan saya tertarik juga yang ketiga yang kita harus sama-sama lihat apabila Juli Yang Maha Mulir, yang Tuan Agong sangat tegas tentang isu-isu korruption ataupun rasuah.
07:11Dan kerajaan ini pun memandang perkara ini sebagai satu yang silus.
07:14Dan kita harus tahu bahawa dalam industri pertahanan ini, bukan sahaja di Malaysia, malah di mana-mana negara, di seluruh dunia,
07:21ianya adalah satu industri yang sangat besar, yang sangat lukratif juga, terutama sekali kepada kontraktor-kontraktor di luar.
07:30Maka, jika kita tidak berhati-hati dalam menawarkan kontrak ataupun menguruskan apa yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu dan sebagainya,
07:46maka ianya akan menjadi projek yang gagal ataupun gajah petik.
07:50Maka, kita harus melihat perkara ini dengan teliti.
07:55Memastikan satu, keupayaan kita memang ada daripada sudut tenaga mahir kita.
08:01Yang kedua, kemampuan kewangan harus diberikan perhatian yang silus juga.
08:05Dan yang ketiga adalah memastikan tata urus ataupun tata kelola takdir urus yang baik
08:11supaya industri ini dan apa yang dirancang itu dapat dijayakan dengan sebaik mungkin.
08:16Prof, mungkin satu minit kita akhiri diskusi kita ini.
08:21Implikasi geopolitik. Dari sudut hubungan antarabangsa, adakah langkah memperkukuhkan industri pertahanan sendiri ini
08:26boleh beri kesan kepada hubungan pertahanan Malaysia dengan negara rakan strategik? Prof.
08:33Ya, sebenarnya memang kita melihat bahawa untuk membangunkan teknologi ini bukan sesuatu yang mudah.
08:42Tetapi kalau kita boleh bangunkan dengan cara kita sendiri, keupayaan kita sendiri dan yang pastinya adalah kelebihan kita sendiri
08:51yang mana mungkin senjata ataupun teknologi yang dibangunkan itu lebih mempunyai kekuatan yang tidak sama dengan orang lain
09:01maka itu akan menjadi suatu kelebihan.
09:03Ya, pastinya satu lagi negara-negara lain dan juga mungkin ada pihak-pihak yang tidak senang dengan apa yang cuba kita bangunkan
09:12dan juga mereka mungkin akan berusaha untuk menggagalkan ataupun untuk mencuri idea dan sebagainya.
09:20So, itu boleh berlaku juga. Maka, di sinilah kita harus juga maknanya memastikan keupayaan itu dan kemampuan teknologi itu
09:30dalam capaian kita dan juga dalam kawalan kita.
09:34Serta pastikan bahawa teknologi yang dibangunkan ini lebih baik berbanding dengan negara-negara lain
09:39supaya kita ada kelebihan dan mampu untuk kita jadikan ianya sebagai satu sumber pendapatan pada masa akan datang.
09:46Terima kasih telah menonton!

Recommended