Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dedahkan 2,000 hingga 3,000 kontena sisa elektronik (e-waste) haram telah diseludup masuk ke negara ini melalui pelabuhan utama.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelan-pelan itu, SPRM juga akan memperhebatkan siasatan berhubung kegiatan pengimportan sisa elektronik atau e-waste secara haram.
00:08Ia sesudah risikan suruhan jaya itu mendedahkan antara 2,000 hingga 3,000 kontena e-waste telah diseludup masuk ke negara ini melalui pelabuhan utama.
00:17Timbalan Ketua Peseruh Jaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Kusyairi Yahya berkata, jumlah itu menunjukkan skala sebenar penyeludupan sisa elektronik yang semakin membimbangkan dan memerlukan tindakan penguatkuasaan menyeluruh.
00:33Kata beliau, jika tidak dibantras secara tuntas, ia berpotensi menyebabkan pencemaran serius kepada negara.
00:40Ahmad Kusyairi berkata, syarikat-syarikat terlibat dipercayai dimiliki warga asing dan mengimport sisa elektronik, plastik serta kertas untuk tujuan kita semula.
00:51Beliau menjelaskan komponen berharga seperti tembaga, aloi dan emas diambil manakala baki sisa dilupuskan melalui pembakaran, penanaman atau pembuangan terus sehingga mencemarkan udara dan sumber air.
01:03Menurut Ahmad Kusyairi, SPRM tidak menolak kemungkinan wujud perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu yang sepatutnya menghalang kemasukan sisa berkenaan.
01:13Bagi menangani isu ini, mesyuarat petugas khas penguatkuasaan e-waste telah ditubuhkan dengan keanggotaan 12 agensi termasuk SPRM, agensi kawalan penerimaan sisa, polis diraja Malaysia, jabatan alam sekitar, jabatan kastam diraja Malaysia serta kementerian pelaburan, perdagangan dan industri.
01:31Petugas khas itu akan menilai undang-undang sediada serta memperketat operasi bagi menutup ruang penyeludupan di semua pintu masuk negara.
01:40Beliau berkata mesyuarat itu akan meneliti undang-undang khusus berkaitan e-waste dan akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan lebih berkesan bagi memastikan penyeludupan di Bantras hingga ke Akar Umbi.
01:52SPRM tegas Ahmad Kushairi memandang serius isu ini dan memberi amaran kepada pihak berkuasa yang terlibat agar segera menghentikan pengimportan e-waste.
02:02Terima kasih kerana menonton!

Recommended