Skip to playerSkip to main content
  • 8 months ago
Dalam satu kenyataan media, kumpulan itu berkata ia tidak mengetahui mengenai sebarang siasatan oleh Serious Fraud Office (SFO) UK dan menjelaskan bahawa syarikat mahu pun rakan sekutunya di UK tidak pernah dihubungi oleh pihak berkuasa negara tersebut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, IJM Corporation berhad menafikan dawaan pengubahan wang haram dan menegaskan kumpulan itu tidak disiasat oleh pihak berkuasa United Kingdom.
00:08Ini tak kala SPRM melancarkan siasatan terhadap dawaan skim pengubahan wang haram dianggarkan bernilai RM2.5 bilion yang dikaitkan dengan kumpulan berkenaan.
00:18Dalam satu kenyataan media, kumpulan itu berkata ia tidak mengetahui mengenai sebarang siasatan oleh Serious Fraud Office SFO UK dan menjelaskan bahawa syarikat mahupun rakan sekutunya di UK tidak pernah dihubungi oleh pihak berkuasa negara tersebut.
00:33IJM turut menolak dawaan bahawa ia terlibat dalam pengubahan wang, menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas.
00:40Katanya, sejak 2012, pelaburan IJM di UK dibiayai terutamanya melalui kemudahan pembiayaan yang diperoleh daripada institusi kewangan Malaysia sebelum disalurkan kepada syarikat tujuan khas SPV di UK.
00:55IJM berkata proses ini melalui penilaian perniagaan dan takbir urus dalaman yang ditetapkan oleh syarikat.
01:01Tambahnya, individu yang digambarkan sebagai penasihat syarikat sebelum ini hanya dilantik secara profesional bagi menyediakan khidmat ASEAN untuk beberapa urus niaga korporat tertentu dalam tempoh yang terhad.
01:13IJM juga menegaskan operasi perniagaannya tidak terjejas oleh siasatan SPRM yang sedang berjalan.

Recommended