00:00Kementerian Pendidikan KPM akan mengikut garis panduan dan saranan Kementerian Kesihatan KKM berhubung penularan penyakit tuberkulosis atau TB di Kota Tinggi, Johor.
00:12Menterinya Fadlina Siddiq berkata, meskipun terdapat laporan enam murid dijangkiti TB, tetapi setakat ini keadaan terkawal dan kes berkenaan berada dalam pemantauan ketat KKM.
00:23Setakat ini kita berpandukan kepada saranan, pedoman dan nasihat daripada KKM. Jadi saya berpegang kepada proses itu dan juga pedoman itu dan setakat ini kami dimaklumkan ia terkawal di bawah pantauan ketat oleh KKM. Jadi kami akan ikut semua arahan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan.
00:48Dalam masa sama, pihaknya turut memberi jaminan akan bekerjasama rapat dengan KKM bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid dan guru sentiasa terpelihara.
01:00Fadlina berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas tindakan yang akan diambil KPM.
01:06Sama ada mahu mengadakan saringan kesihatan di sekolah bagi memastikan tiada penularan penyakit berjangkit itu di sekolah.