00:00Perdana Menteri Hungary Peter Moja memohon maaf kerana terlalu terburu-buru mengumumkan calon pilihannya bagi jawatan Presiden.
00:07Permohonan maaf itu dibuat selepas legenda catur dunia Judith Polgar memaklumkan beliau tidak akan menerima pelawaan Moja untuk mengisi jawatan
00:16berkenaan.
00:54Pertama, Magyar mengumumkan hasrat untuk mencalonkan Polgar bagi mengisi jawatan berkenaan.
01:00Bagi Polgar, beliau menghargai kepercayaan yang diberikan namun tidak berhasrat memikul tanggungjawab tersebut.
01:07Pemilihan Presiden baru dan penggubalan Perlembagaan baru merupakan antara agenda utama Magyar selepas menamatkan pemerintahan selama 16 tahun parti Fidesz,
01:15pimpinan Viktor Orban, dalam pilihan raya April lalu.
01:18Parlimen Hungary dijadual memilih seorang Presiden baru yang akan berkhidmat sehingga Perlembagaan berkuat kuasa atau untuk tempoh maksimum 5 tahun.