00:00Sekurang-kurangnya 5 maut, 41 lagi dikuatiri hilang selepas sebuah feri terbakar di perairan berhampiran Pulau Madura, Indonesia pada Ahad.
00:09Menurut agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia, feri itu membawa 271 penumpang dan anak kapal.
00:17Setakat ini, 225 mangsa berjaya diselamatkan manakala operasi Mencari dan Menyelamat masih diteruskan.
00:23Insiden berlaku pada pagi Ahad ketika feri malang itu sedang dalam perjalanan dari Surabaya, wilayah Jawa Timur menuju ke Makassar
00:31di Sulawesi Selatan.
00:32Punca kebakaran masih belum dikenal pasti.