Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Taman Teman Sunway memberi jaminan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung insiden melibatkan 10 pengunjung di sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada Sabtu lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Taman Tema Sunway memberi jaminan akan bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa sunsulan insiden yang tular di media sosial memaparkan seorang
00:08pengunjung menaiki roller coaster dibawa keluar di Sunway Lagoon pada Sabtu.
00:13Sunway Lagoon dalam satu kenyataan pada serasa menegaskan kerjasama itu akan diteruskan sepanjang proses siasatan termasuk dengan individu terlibat.
00:24Pada masa sama, Taman Tema Sunway kekal komited memastikan semua tarikan dan fasiliti mencapai tahap keselamatan tertinggi selain memastikan keyakinan
00:35pengunjung terus terpelihara.
00:37Sejak insiden berlaku, tumpuan turut diberikan kepada penjagaan dan kesihatan pengunjung terjejas termasuk menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan serta berhubung
00:47rapat dengan mereka dan keluarga masing-masing.
00:50Terdahulu tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang pengunjung menaiki roller coaster berkenaan dibawa keluar selepas insiden tersebut.
00:59Kejadian kira-kira jam 9 malam itu melibatkan 22 penumpang terdiri daripada warga tempatan dan pelancong asing berusia antara 11
01:07hingga 44 tahun.
01:09Daripada jumlah itu, 10 individu dilaporkan mengalami kecederaan ringan.
Comments

Recommended